Tuesday, October 28, 2014

BAHAGIA ITU SEDERHANA

Assalamualaikum.
Selamat Petang.
Di sini NS ingin kongsikan sedikit cebisan peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan.

 

Mendengar Isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih berdengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan emak menegurku dengan dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal , bererti aku masih punya anak untuk saham akhiratku nanti.

Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bererti aku masih mampu bekerja keras.

Membersih pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku cukup makan.

Mencuci dan mengiron timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapat tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi ekzos dan hon itu bererti aku masih masih bisa mendengar.

Mendengar bunyi azan di subuh hari, itu bererti aku masih hidup.
____________________________________________________________________
Akhirnya kita dapati banyak hal yang kita syukuri setiap hari.
Berhentilah mengeluh dan bersyukurlah.
Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tidak ada alasan untuk bersyukur.
Ayuh kita sama-sama cuba bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfikir hikmah disebaliknya.

3 comments:

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...