HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Friday, October 31, 2014

PERTAMA KALI MAKAN SUBWAY

October 31, 2014 12 Comments
 Hah.....nampak tak muka teruja tuu?
Kih3...orang tak pernah makan sandwich kat subway la katakan..
Al-maklum..minggu lepas baru subway ni di buka dekat Ipoh.
Adhuuii..nasib baik ada kawan yang biasa makan..
 
 Semua NS campur tuu....isi nya meatball...daging itu sentiasa menjadi pilihan NS.
Cuba juga yang kawan punya Chicken Slice..
Okeh...dua- dua sedap..
 
Bukan main ramai yea..kena beratur.
Untuk warga ipoh yang belum tahu, Subway ini dibuka sebelah & Eleven Greentown, belakang Jakel Ipoh.
 
  Sudah siap ngap.....jom solat zohor..

Thursday, October 30, 2014

LIGA PIALA MALAYSIA 2014

October 30, 2014 10 Comments
Assalamualaikum.


Seperti tajuk di atas, NS nak tanya laa kekawan seperti yang kita tahu.. Piala Malaysia tahun 2014 ini peringkat akhir adalah dia antara Johor Darul Takzim ( JDT ) dan Pahang Darul Makmur. Jadual perlawanan adalah seperti berikut : 

1 November 2014 ( Sabtu )
Jam 8.45 malam.

Kekawan pilih pasukan mana ye?
NS pilih pahang, kenapa?
This Is Pantai Timur.
Boleh tak macam tu?boleh laa..
Menang kalah adat pertandingan..bermainlah dengan berhemah.

HOGOH PAHANG HOGOH..!!!

Wednesday, October 29, 2014

HARI KELEPASAN AM 2015

October 29, 2014 5 Comments
Assalamualaikum..
Selamat petang semua, seperti biasa di penghujung tahun NS akan melihat jadual hari kelepasan am untuk perancangan cuti di tahun baru nanti.

Di sini NS lampirkan Jadual Hari Kelepasan Am Tahun 2015

* Pengumuman: Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) bagi tahun 2015 akan disambut 2 kali iaitu pada 3 Januari 2015 dan 24 Disember 2015. Pengesahan telah dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); dan

 
* Pengumuman: Hari Wesak bagi tahun 2015 telah ditetapkan pada 3 Mei 2015. Pengesahan telah dibuat oleh Persatuan Buddhist Malaysia.



Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

October 29, 2014 8 Comments
Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Tuesday, October 28, 2014

BAHAGIA ITU SEDERHANA

October 28, 2014 3 Comments
Assalamualaikum.
Selamat Petang.
Di sini NS ingin kongsikan sedikit cebisan peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan.

 

Mendengar Isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih berdengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan emak menegurku dengan dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal , bererti aku masih punya anak untuk saham akhiratku nanti.

Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bererti aku masih mampu bekerja keras.

Membersih pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku cukup makan.

Mencuci dan mengiron timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapat tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi ekzos dan hon itu bererti aku masih masih bisa mendengar.

Mendengar bunyi azan di subuh hari, itu bererti aku masih hidup.
____________________________________________________________________
Akhirnya kita dapati banyak hal yang kita syukuri setiap hari.
Berhentilah mengeluh dan bersyukurlah.
Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tidak ada alasan untuk bersyukur.
Ayuh kita sama-sama cuba bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfikir hikmah disebaliknya.

Monday, October 27, 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

October 27, 2014 11 Comments
As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

SALOMA ZARA - YOUR ULTIMATE SKIN PERFECTION

October 27, 2014 2 Comments

 Assalamualaikum, Selamat Pagi.
Alhamdulillah, hari ini NS ingin mengambil kesempatan untuk review produk baru iaitu Saloma Zara - Ultimate Skin Perfection yang diperkaya dengan Collagen | Vitamin C | Honey Extract | Aloe Vera | Vitamin E & Jojoba Oil. Sebelum ini NS tidak pernah mencuba sebarang produk kulit sebegini, biasanya hanya memakai pencuci muka biasa sahaja. Setelah menerima Set Lengkap 4 dalam 1 [ Tanpa Pengelupasan ] ini, NS berharap kulit muka NS akan menjadi lebih baik daripada sekarang memandangkan kesan terbakar ke pulau belum hilang.

 Hadapan Kotak Set Lengkap 4 dalam 1

Belakang Kotak Set Lengkap 4 dalam 1
Set Lengkap 4 dalam 1

Jom kita tengok apa manfaat yang boleh kita dapat daripada Saloma Zara- Your Ultimate Skin Perfection.
________________________________________________________

WHITE COLLAGEN BEAUTY BAR [ RM 19.90 ]

Diformulasi khusus untuk menjadikan kulit tegang dan anjal. Dirumus dengan bahan semulajadi untuk membersih, menyegar dan membuang sel kulit mati yang degil. Bertindak efektif untuk melembutkan dan mencuci tanpa mengeringkan kulit wajah malah dapat memulihara, mencerah dan menggebukan kulit wajah dengan sekata. White Collagen Beauty Bar juga dapat membantu menghilangkan minyak berlebihan, kotoran, serta kesan solekan pada wajah. Kulit akan menjadi lebih tegang dan bersih. Pastinya sesuai untuk semua jenis kulit.
 
Cara Penggunaan : 
1. Basahkan wajah dan tangan dengan air.
2. Buihkan sabun di tangan, sapu dan urutkan ke muka dengan gerakan membulat ke atas ( melawan graviti )
3. Basuh dengan air bersih selepas beberapa minit.
4. Selepas cucian, lap wajah dengan perlahan.
__________________________________________________________________________

 ANTI - BLEMISH CREAM [RM 49.90 ]

Dirumus khusus untuk kulit sensitif dan sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah jerawat dan alahan pada kulit. Ia berfungsi sebagai krim anti cela pada wajah. Di awal penggunaan Saloma Zara, penggunaan Anti-Blemish Ceram ini sangatlah digalakkan. Ia bertindak dengan berkesan bagi merawat wajah sensitif dari dalam.



Cara Penggunaan :
1. Oleskan pada wajah selepas mencuci muka dengan White Collagen Beauty Bar dan sebelum memakai Pearl Day Cream SPF 30 dan Pearl Night Repair Cream.

2. Penggunaan yang berterusan adalah digalakkan pada awal pengambilan Saloma Zara bagi kulit yang berjerawat dan yang mempunyai alahan kulit yang sensitif.



 PEARL NIGHT REPAIR CREAM [RM49.90]

Meremajakan semula wajah dan memperbaiki struktur kulit dengan terapi khasiat dari alam semulajadi ketika anda sedang tidur. Diformulasi khusus untuk membaiki semula struktur kulit dan lapisan sel-sel kulit rosak. Mengandungi nutrisi hebat yang mampu meremajakan kulit dan dapat membantu anda merawat dan melembabkan kulit , menghilangkan kulit kusam, mengeringkan jerawat, mengurangkan jeragat serta bintik hitam, mengecilkan pori dan mencerahkan kulit wajah. Kulit akan sihat ,anjal dan berseri semula.

Cara Penggunaan :

1. Gunakan pada waktu malam sebelum tidur selepas mencuci wajah dengan White Collagen Beauty Bar.
2. Sapu rata keseluruh permukaan wajah.
3. Tepuk muka dengan perlahan untuk menstimulasikan kulit wajah anda.

[ Tips : Disarankan supaya muka sedikit basah ( tidak kering sepenuhnya ) sebelum memakai Pearl Night Repair Cream ]

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEARL DAY CREAM SPF 30 [ RM 49.90 ]

Didatangkan dengan rumusan lembut dari kolagen, aloe vera, pati madu, pati bunga chamomile, sari buah-buahan yang dapat membantu memelihara lapisan kulit dengan berkesan. Kandungan SPF 30 ini akan melindungi kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya. Berkesan membantu mengeringkan jerawat, memudarkan cela jeragat dan bintik hitam. Gabungan Kolagen, Vitamin C dan Vitamin E pula membantu melembabkan kulit wajah dengan efektif. Kulit akan kelihatan lebih segar, lembab dan anjal. Wajah pasti cerah semulajadi, putih dan gebu berseri dalam masa 7 hari.

Cara Penggunaan :

1. Gunakan di waktu siang selepas mencuci muka dengan White Collagen Beauty Bar.
2. Sapu rata keseluruh permukaan wajah.
3. Pada awal penggunaan sekurang-kurangnya selama 2 minggu pertama, anda tidak digalakkan mengenakan sebarang solekan pada kulit wajah selain dari hanya menggunakan Pearl Day Cream SPF 30 ini sahaja.
4. Selepas 2 minggu, wajah anda akan kelihatan lebih cerah, anjal dan lebab. Kini anda tidak perlu mengenakan solekan yang tebal dan wajah anda pasti akan berseri secara semulajadi.

[ Tips : Disarankan supaya muka sedikit basah ( Tidak dikeringkan sepenuhnya ) sebelum memakai Pearl Day Cream SPF 30.

Kepada yang berminat untuk mencuba juga, anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut di :

Facebook : Saloma Zara
Instagram : salomazara
E-mail : salomazara@gmail.com
Hotline : 012-2007879

[ Nantikan review seterusnya daripada saya - NS ]

Friday, October 24, 2014

TEST SPEED BLOG

October 24, 2014 8 Comments
Bosan tak tahu nak buat apa..
Buka www.gtmetrix.com untuk test speed blog sendiri.

Dapat keputusan seperti gambarajah di atas.
Apa pendapat kekawan?
Biasanya kekawan test speed blog kekawan pakai web apa yea?
Pada yang sedang melayari blog NS ini, cuba bagi pendapat apa yang perlu NS nyahkan daripada blog NS ini. Apa yang tidak perlu ada.
Berat tak bila kekawan layari blog NS ini?
Ada ke yang dapat A?

Banyak soal plak...heheehe

Thursday, October 23, 2014

TATACARA SEHARIAN

October 23, 2014 3 Comments
Assalamualaikum..
Hari ini NS ingin berkongsi sedikit petikan :


Dipetik daripada seminar Dr. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal.

TATACARA SEBELUM TIDUR

1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa.InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

2. Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan memproses segala impian kita & InsyaAllah, kita akan berusaha kearah itu (ada semangat) dikeesokan harinya.


TATACARA MAKAN & MINUM

1. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam adalah mengikut Sunnah dan dapat pahala dan juga boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vitamin C dari buah-buahan yg dimakan selepas sarapan, dan makan yang akan diperolehi adalah hampir hilang zatnya.

2. Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan dan makan). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja,biarkan air dalam mulut selama 10 saat kemudian baru ditelan. Teguk kedua seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut yang seterusnya akan dibawa oleh air tegukan pertama.

3. Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab bagi yg tengah study (atau anak-anak), otak akan berfungsi dengan cemerlang (senang faham dan ingat lebih kurang 2 jam selepas makan, jadi jika makan pada 8:30pm, lebih kurang 10:30pm baru mula belajar dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. (orang Cina makan malam pada masa ini). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

TATACARA DI BILIK AIR

1.Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat batu karang

2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder & senang buang air besar .

TATACARA DIDIK ANAK

1. Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajarkan anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan sebab jantung(yg terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan berkembang dengan baik.

2. Bagi anak-anak yang sudah azalinya aktif or hyper-aktif, kurang (atau jangan) pakaikan baju warna oren sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

TATACARA DIDIK DIRI SENDIRI

1.Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau lebih berturut-turut Rasullullah (saw) bersabda, setiap akan menjadi tabiat dan kalau tidak, ilmu itu akan mati.

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik. Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline berlebihan, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut & dan sebagainya.

P?S : Ada 3 kategori manusia :-

[ BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam ]
[ TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam ]
[ CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam ]

Tuesday, October 21, 2014

PANTAI BUKIT KELUANG BESUT TERENGGANU

October 21, 2014 8 Comments
Assalamualaikum..
Sempena Hari Aidiladha 1435 ZulHijjah. [ 5-6 Oktober 2014 ]
NS ambil cuti rehat dari 7-10 Okt 2014 , kiranya dari 4 -10 Oktober 2014 NS berada di kampung.
Hari akhir di kampung...sambil ambil order keropok kekawan, singgah di Pantai Bukit keluang ini untuk lepak dengan adik-adik dan Zaryth..

 Muka seronok dapat jalan kat pantai.

 Zaryth suka tengok ombak pantai, tapi takut ombak.


 Cakap apa entah kat Che Ngah.

 Semangat Che Su makan keropok lekor.

Budak seronok tengok ombak tak nak balik.

P/s : 10 Oktober 2014 [ Jumaat ]

Monday, October 20, 2014

AIDILADHA YANG LEPAS

October 20, 2014 4 Comments
Walaupun sudah lama Aidiladha meninggalkan kita..
NS nak juga publish...
Hari Raya Aidil Adha & Aqiqah Mohamad Zaryth Ikhwan.

 Seekor kambing..

 Daging dah siap lapah..

 1 bahagian lembu.

 Kegemaranku...perut lembu..

 Majlis Aqiqah yang ringkas...
Hanya kat garaj kereta & pondok ayah..ihihi..Janji makan....

Masak bawah pokok je pun...

Haaa....ringkas tak majlis raya & aqiqah Zaryth...
Menu : Singgang daging + Gulai daging kambing & Buah Ara + Sambal + Acar timun batang + Ikan kering goreng.

MESIN MAINAN PAKAI KUPON

October 20, 2014 5 Comments
Assalamualaikum...
selamat pagi..
Sudah lama rasanya Ibu tidak mencatat tentang anak ibu sorang ni..
Nota Zaryth | Main mainan kupon RM 1= 1 kupon
Biasa tak ibu-ibu lain bagi anak main ni? Terbang duit singgit-singgit..eehehe..
NS terlupa tingkat atas Pasaraya Mydin Meru, Ipoh ini ada playground, sambil tunggu Si Ayah tengok-tengok barang...Si Ibu melayan  Si Anak yang makin aktif ini..

 Naik burung besar...pakai baju melayu wehh..


 Senget kepala duk pandu kapal yerk..


p/s : Dengan harapan...nanti Zaryth dah besor..boleh bukak internet...nah...tengok laa apa Zaryth dh buat masa umur 2 tahun ni...hihihi..tak duk diam..susah betul ibu nak snap gambar elok-elok..

Bawak gi main kat playground...pandai pulak orang berniaga mainan betul-betul pintu masuk playground tu kan..duk tayang mainan...budak-budak pun mengamuk laaa nak main...hihih...strategi perniagaan...memang tempat yang sangat strategik...

Catatan : 17 oktober 2014 [ Jumaat ]

Monday, October 13, 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

October 13, 2014 12 Comments
Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

CPUV NUFFNANG SETELAH 7 BULAN

October 13, 2014 8 Comments
Assalamualaikum sahabat-sahabat...
Alhamdulillah setelah 1 minggu balik beraya di kampung...tiada internet..tiada update laa jawapnya...
Syukur Alhamdulillah...
Setelah 7 bulan tidak menerima sebarang CPUV daripada Nuffnang..hari ini..
Rezeki..buka akaun Nuffnang bagi 3 On Going cpuv..

Kepada kekawan yang terpandang iklan ni sudi-sudi laa derma yea.. :)
Lama dah menunggu rezeki ini...
Terima kasih pada yang sudi..!!..:D

Thursday, October 02, 2014

ISU MINYAK NAIK 20SEN

October 02, 2014 14 Comments


Memang riuh semalam dengan isu ini..
Bukan nak bising, cuma nak luah perasaan..
Banyak cakap pun isi jugak.sebab terpaksa.
Kalau tak isi, kereta tak bergerak laa...
Kalau tak bergerak macam mana nak cari makan.
Tak cari makan macam mana nak teruskan hidup.
Itu sahaja nak cakap pasal minyak naik hari ini.
P/s : Gaji rm1k - rm 350 = rm 650 [ untuk menjalani hidup 1bulan ]
Kawan tak jejak Fareeda,Ariani, Aj yea...
Makan tengahari nasi ayam rm3 je..tu pun semalam dah naik rm3.50.
hihihhihi...
Apapun masih bersyukur ...masih ada yang lebih susah dari diri sendiri.
Sekian,terima kasih.

Wednesday, October 01, 2014