HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Monday, September 08, 2014

# UMUM

PANDUAN PINDAH NOMBOR DAFTAR KENDERAAN

Assalamualaikum..
Selamat pagi..hari ini NS nak kongsi sedikit panduan bagi yang teringin menggunakan nombor pendaftaran kenderaan kepada kenderaan baru. Mengikut pemerhatian NS, dijalan raya sekarang banyak terdapat kenderaan baru tapi bernombor pendaftaran lama..

http://i791.photobucket.com/albums/yy197/jashwee/LM502.jpg 

Pemindahan nombor pendaftaran kenderaan merupakan proses memindahkan nombor pendaftaran daripada kenderaan motor yang telah didaftarkan (asal) kepada kenderaan motor yang belum didaftarkan(baru) .
 
Syarat-syarat permohonan:
  1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau wakil.
  2. Kedua-dua kenderaan asal dan baru dimiliki oleh pemilik yang sama.
  3. Kenderaan baru belum didaftarkan lagi.
  4. Hanya kenderaan asal yang hendak dibuat pemindahan nombor dikehendaki menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk mengenalpasti identiti kenderaan. Bagi kenderaan baru, pemeriksaan TIDAK diperlukan kecuali bagi kenderaan impot.
  5. Kenderaan asal tiada senaraihitam JPJ dan PDRM.
  6. Tarikh e-Insuran adalah terbuka bagi kenderaan baru selepas pemindahan nombor pendaftaran diproses.
  7. Fi yang telah ditetapkan.
Dokumen yang perlu dikemukakan:
  1. KENDERAAN BAHARU.
    1. 2 (dua) salinan Borang Senarai Semak eDaftar.
    2. 2 (dua) salinan Borang JPJ K1 cetakan elektronik.
    3. Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
    4. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM(B2) bagi kenderaan orang cacat atau kenderaan impot.
    5. Salinan Sijil Kelulusan Kenderaan Diesel Hijau (SIRIM) yang masih berkuatkuasa (bagi kenderaan diesel hijau).
    6. Borang Kastam K1 (bagi kenderaan impot).
    7. Lesen Impot (AP) asal dan salinan (bagi kenderaan impot).
    8. Surat/borang keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang berjaya (jika berkenaan); dan
    9. Fi yang telah ditetapkan.

  2. KENDERAAN LAMA
    1. 2 (dua) salinan Borang JPJ K1E.
    2. 2 (dua) salinan Borang JPJ K1A.
    3. Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
    4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan(JPJK2) asal.
    5. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2) atau B5.
    6. Surat pengesahan/persetujuan daripada Kastam (bagi Labuan dan Langkawi).
    7. Dokumen pengenalan diri asal dan salinan wakil (sekiranya wakil hadir).
     
Sekian perkongsian, untuk lebih lanjut sila rujuk Jabatan Pengangkutan Jalan berhampiran anda.

4 comments:

  1. ramai benauu guna no plate lame kan. padahal kereta baru. antik betol. hehe

    ReplyDelete
  2. banyak juga ya dokumen yaag diperlukan. tak pernah lagi nak tukar nombor sebab nombor sekarang
    dah ok

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi