HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Wednesday, August 06, 2014

# ILMU # UMUM

DEFINISI DAN FADHILAT PUASA ENAM

Assalamualaikum..
Macam mana keadaan kawan-kawan di 10 Ramadhan ini? Diharap semuanya sihat-sihat belake..
Mood kemaskini blog masih tidak berapa bersemangat..tapi diusahakan juga untuk buka dan berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan maya ...
Pada hari ini NS ingin berkongsi definisi dan fadhilat puasa enam.

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak 6 hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan afdhal dlakukan secara berturut-turut di awal bulan Syawal atau juga boleh dikerjakan secara selang seli ataupun juga bukan pada awal bulan Syawal..

Puasa sunat 6 ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu'anhu, beliau telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya : " Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu ) seperti puasa sepanjang tahun."
( Hadith riwayat Imam Muslim )

Hal ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadith riwayat Tsauban bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya : " Berpuasa sebulan ( di bulan Ramadhan itu disamakan ) dengan 10 bulan puasa dan berpuasa 6 hari selepasnya ( di bulan Syawal disamakan ) dengan 2 bulan berpuasa, maka dengan yang sedemikian itu ( jika dicampurkan menjadi ) genap 1 tahun."



3 comments:

  1. Sha singgah klik old town kat sini, kak ana belum start lagi puasa sunat ni, demam dan batuk pula lepas raya ni ..mudah2an diberi kesempatan melakukannya..Insyaa Allah..:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah saya dah 3 hari berpuasa sunat syawal. ganjaran pahala yg harus kita rebut.. datangnya hanya setahun sekali kan?

    salam perkenalan dr saya sue. jemput jalan2 ke blog sy sihatitunikmat.blogspot.com

    TQ :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi