Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PANDUAN MENAMAKAN BAYI

Hari ini NS nak kongsi sikit pengalaman dalam memilih nama anak.
Memilih nama untuk bayi memang menyeronokkan kadang-kadang memeningkan kepala juga. Ini kerana teruja, pelbagai nama timbul dalam fikiran....baik dalam kepala ibunya, dan kepala bapanya,..huhu..
=====

Diingatkan, proses mencari dan memilih nama anak untuk bayi , kita tidak boleh dilakukan sebarangan kerana ia penting untuknya dan untuk kita sebagai ibu bapa bayi.

Jom kita tengok apa tips menentukan nama bayi kita :

  • Mempunyai makna yang baik dan realistik.
  • Jauhi menggunakan nama-nama yang khusus untuk Allah S.W.T melainkan ditambah "Abdul" ( Hamba ) sebelumnya.
  • Elakkan menamakan bayi anda dengan nama-nama kuniyah ( Gelaran Nabi Muhammad SAW iaitu Aba Kasim). Bagaimanapun terdapat khilaf yang mengatakan tidak boleh sekiranya dipakai serentak dengan nama nabi iaitu Muhammad. Apa-apapun sebaiknya elakkanlah.
  • Jangan namakan anak anda dengan nama-nama yang dipakai oleh orang yang zalim dan orang yang tidak percaya kepada Allah SWT.
  • Jauhi nama sebagai hamba kepada selain daripada Allah seperti Abdul Uzza ( nama berhala )
  • Jauhi nama-nama malaikat dan nama - nama surah Al-Quran.
  • Nama-nama yang disarankan ialah nama-nama bersifat ubudiyyah seperti Abdullah, Abdul Rahman dan seumpamanya.
  • Pilihlah nama yang indah didengari sewaktu diucapkan serasi.
  • Pilih nama yang unik tetapi elok asalkan ia tetap indah didengar, serasi dan mudah diucapkan. Unik tidak bererti nama itu berbunyi aneh atau sukar untuk diucapkan .
  • Pertimbangkan untuk memilih nama yang menunjukkan jenis jantina yang jelas.
Senarai semua idea nama yang ada.
Jangan bagitahu keputusan nama pilihan kepada orang lain sebelum bayi anda selamat lahir.
Jangan biar orang lain paksa anda untuk beri nama yang anda tidak suka.
Yang penting, Ibu & Ayah sukakan nama pilihan tuuu....

Sumber : Diari Hamil.

Post a Comment

4 Comments

  1. kenapa tak boleh nama malaikat dan surah?
    ramai org nama macam yasin, an nisa..dln

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mengikut bacaan NS...nama yg terlalu mulia adalh tidak layak utk kita....wallahuallam..bleh rujuk pd yg lebih pakar...yg NS baca mcm tu la...

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi