Monday, June 09, 2014

KHASIAT BUAH KURMA

Alhamdulillah hanya tinggal 20 hari lagi kita akan bertemu Bulan mulia Bulan Ramadhan...In Shaa Allah...
NS yakin kawan-kawan NS di sini...bila tiba Ramadhan Al-Mubarak..
Permintaan stok kurma akan meningkat... :)
Di sini NS nak kongsikan sedikit khasiat kurma.
 Menyentuh dari segi :


KESIHATAN

  • Mencegah Penyakit Kronik seperti Jantung dan Kencing Manis.
- Kurma mengandungi zat-zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Jika seseorang itu mengamalkannya dengan memakan kurma setiap hari, risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis dapat dikurangkan. Ia berdasarkan kajian oleh Profesor Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Makanan Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM).

  • Meransang dan memudahkan Kehamilan.
- Selain itu, buah kurma juga dapat mambantu meransang dan memudahkan proses kehamilan seseorang. Ia mampu memanaskan badan meransang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung. Lantas memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan kepadanya.

KECERDASAN & KECERGASAN

  • Kecerdasan Minda dan membantu Proses Tumbesaran.
- Menurut pakar, kanak-kanak digalakan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekali gus membentuk minda kanak-kanak sihat.
  • Tenaga Segera.
- Firman Allah S.W.T dalam surah Maryam ayat 25-26  yang bermaksud :
" Dan goyanglah pangkal poko kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."

Firman Allah S.W.T memerintahkan Sayidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s disebabkan beliau kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

KEPERIBADIAN
  • Membentuk sifat penyabar, bersopan santun dan cerdas pemikiran.
- Maksud hadis Rasulullah S.A.W :
" Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBERKATAN
  • Mengambil keberkatan Sewaktu Dilahirkan.
- Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya :
" Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi S.A.W lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma "
  •  Makanan Yang Paling Sempurna.
- Maksud sabda Rasulullah S.A.W :
" Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan. "

In Shaa Allah...

6 comments:

  1. aah kan, xlama lg nak pose dh..;)

    Tq coz sharing info..kite mmg suke makan kurma..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa..lip lap lip lap...kejap je tuu..
      kurma sedap kan.....

      Delete
  2. banyak khasiat kurma ni kan.. tapi time puase je makan tiap2 hari.. hari biasa jarang sanagt..bagus kalau amalkan selalu walaupun bukan bulan puasa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa mamanyeee...time bulan pose je banyk....
      klu bulan lain org xmandang sgt...
      NS pun jarg beli...tp igt buln puasa kali ni nak biar makan hari2..

      Delete
  3. Replies
    1. Tak lama dh tuuu....tggl 2-3mggu lagikkk

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...