HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Thursday, May 08, 2014

# UMUM

SKIM PEMBIAYAAN IKHTIAR - AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

 Assalamualaikum readersss semua...
Hari ini ambe nak kongsi ilmu sikit...
Mungkin diantara kita ahli Amanah Ikhtiar Malaysia..
Layaaann...

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Rm 2,300 sebulan atau pendapatan per kapita Rm 460 sebulan
  • Aset tidak melebihi RM 50,000.00
  • Taraf residensi melebihi 2 tahun di lokaliti kediaman atau lokaliti perniagaan.

SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

  • Tanpa cagaran dan penjamin
  • Membentuk  kumpulan dengan 5 orang ahli yang dipercayai dan menjalani latihan asas pembiayaan selama 5 hari ( 1 hari 1 1/2 jam )
  • Menubuhkan pusat
  • Menghadiri Mesyuarat Pusat setiap minggu
  • Menyumbang 1% kepada pembiayaan ke dalam tabung Kebajikan dan kesejahteraan Sahabat ( TKKS )
  • Menabung dalam Tabung Kumpulan setiap minggu
  • Membayar balik secara mingguan.
  • Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang ( TKH )
  • Caj pembiayaan 10% setahun atau 5% untuk tempoh 6bulan atau kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
PROSEDUR KEAHLIAN :

 
  • Pemohon setelah disahkan layak menyertai AIM, perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 5 orang sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat,saling percaya mempercayai diantara 1 sama lain dan bertanggungjawap.
  • Kesemua ahli secara berkumpulan perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa ( PPK ) iaitu satu kursus wajib jangka pendek selama 1 hari, 1 setengah jam sehari. PPK bertujuan memberi kefahaman tentang peraturan dan syarat-syarat AIM.
  •  Setelah lulus dalam Ujian Pengiktirafan Kumpulan iaitu satu ujian khas yang dijalankan di akhir proses PPK ,semua ahli kumpulan perlu menyertai Pusat iaitu gabungan antara 2-10 kumpulan. Ahli Pusat atau lebih dikenali sebagai Sahabat akan bermesyuarat setiap minggu.Mesyuarat Pusat diadakan ditempat awam seperti di balai raya, surau atau balai yang dibina sendiri. Semua urus niaga AIM seperti permohonan, penyerahan modal pembiayaan, bayar balik serta kutipan simpanan wajib dan TKKS diadakan di Mesyuarat Pusat.
Maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi AIM





5 comments:

  1. mak licha join jgk benda ni.. hihi. tapi tak licha tak berapa tau sangat

    ReplyDelete
  2. Good info Sha..cuma kadar bayaran balik mingguan tu parah sikit kan kalau tak cukup rolling modal..hehe

    ReplyDelete
  3. Aah..yela K.Ana...kalau dh dpt tu mang kena usaha betol2 la ...klu x sakit..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi