Hot Posts

6/recent/ticker-posts

LANGKAH PERMOHONAN LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA MELALUI SISTEM ePEROLEHAN





PERMOHONAN BARU

  1. Layari laman web ePerolehan di www.eperolehan.gov.my 
  2. Di laman utama menu pembekal /perunding, klik pendaftaran pembekal / perunding
  3. Pilih bahasa yang diingini sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.
  4. Pilih jenis permohonan daftar sebagai kontraktor batu / perunding baru.
  5. Baca kandungan terma perkhidmatan piawaian ePerolehan.
  6. Klik butang saya bersetuju untuk meneruskan permohonan secara atas talian.
  7. Klik butang teruskan untuk meneruskan permohonan.
  8. Cipta id dan kata laluan sendiri (kotak bertanda * perlu diisi )
  9. Klik butang teruskan
  10. Isikan maklumat syarikat ( kotak bertanda * perlu diisi )
  11. Klik butang teruskan.
  12. Lengkapkan semua seksyen yang tersenarai di dalam kotak di sebelah kiri sehingga bertanda ( / ) sebelum membuat pengisytiharan ( kotak bertanda * perlu diisi )
  13. Klik butang hapuskan permohonan ini jika anda tidak mahu meneruskan permohonan.
  14. Apabila semua seksyen telah dilengkapkan, klik butang cetak borang pengisytiharan dan klik butang isytihar bagi melengkapkan permohonan secara atas talian.
  15. Cetak borang kad pintar dan borang bayaran untuk proses pembayaran. 
Nota ; Terdapat 10-15 seksyen yang perlu dilengkapkan mengikut jenis permohonan dan bidang yang dipohon.


PERMOHONAN PEMBAHARUAN / TAMBAH BIDANG.

  1. Layari laman web ePerolehan di www.eperolehan.gov.my 
  2. Di laman utama menu pembekal / perunding, klik pendaftaran pembekal / perunding
  3. Pilih bahasa yang diingini sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.
  4. Sila masukkan id log masuk dan kata laluan sedia ada dan klik butang log masuk.
  5. Di laman dashboard, klik pada profil dan pilih permohonan pembaharuan / permohonan tambah bidang.
  6. Klik butang teruskan untuk meneruskan permohonan tersebut.
  7. Kemaskini dan lengkapkan maklumat di semua seksyen yang tersenarai di dalam kotak di sebelah kiri sehingga bertanda (/) sebelum membuat pengisytiharan. (kotak bertanda * perlu diisi ).
  8. Klik butang hapuskan permohonan ini jika anda tidak mahu meneruskan permohonan.
  9. Apabila semua seksyen telah dilengkapi, klik butang cetak borang pengisytiharan dan klik butang isytihar bagi melengkapkan permohonan secara atas talian.
  10. Cetak borang kad pintar dan borang bayaran untuk proses pembayaran.
Peringatan : Semua borang akan dikeluarkan di dalam format acrobat reader dan pastikan komputer anda memiliki perisian tersebut.

DAPATAN KHIDMAT BANTUAN MENGENAI CARA PENDAFTARAN e-PEROLEHAN MELALUI :

TELEFON
03-79857777 / 7888

EMEL
bantuan@eperolehan.gov.my

LAMAN WEB

ALAMAT IBU PEJABAT
Tingkat bawah, Wisma commercedotcom,
15 Jalan Tandang,
46050 Petaling jaya, Selangor
( Koordinat : 3.086772 : 101 . 635314 )

Sekian.

Post a Comment

0 Comments