Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AL-FATIHAH

 


RABU -28 MEI 2014 ( 28 REJAB 1435 )
KEMANGKATAN DYMM SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah mangkat pada hari ini. Baginda telah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 1.30 petang, pada usia 86 tahun. Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga melalui Radio Negeri Perak.
 
Menurut Menteri Besar, jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok. Seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

AL-FATIHAH.

Post a Comment

3 Comments

Terima Kasih Daun Keladi