HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Wednesday, May 28, 2014

AL-FATIHAH

May 28, 2014 4 Comments
 


RABU -28 MEI 2014 ( 28 REJAB 1435 )
KEMANGKATAN DYMM SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah mangkat pada hari ini. Baginda telah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 1.30 petang, pada usia 86 tahun. Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga melalui Radio Negeri Perak.
 
Menurut Menteri Besar, jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok. Seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

AL-FATIHAH.

AJAR BAYI BERCAKAP BETUL

May 28, 2014 7 Comments

Budak kat atas ni belum boleh bercakap betul....kalau bercakap dalam bahasa dia mang boleh dikira banyak mulut..huhuuh..yang jelas hanya "Tak nak" dan "Ayah"....tapi bila dia bercerita,,ibu layan jew...macam ibu ni paham sangat kan bahasa baby2 nehh...

Siapa yang tidak suka bercakap dengan bayi kecil. Walaupun dia belum faham apa yang kita cakapkan tetapi reaksinya sangat menggeramkan sesiapa sahaja. Tambah seronok apabila bayi yang diajak bercakap itu sudah boleh bercakap dalam bahasanya sendiri.
Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa mengajak bayi bercakap dalam bahasa betul adalah cara yang paling tepat untuk membantu perkembangan pertuturannya? Satu kajian yang dilakukan oleh professor psikologi dari Stanford University menunjukkan bahawa otak bayi boleh bertindak balas dengan bahasa yang kompleks dengan susunan tatabahasa yang baik.

Secara realitinya, anak kecil meningkatkan pembelajaran bahasanya dan meningkatkan kemampuan kognitif kecerdasannya daripada hubungan sesama manusia secara langsung. Untuk memastikan anak boleh menyerap dan belajar bahasa dengan baik, sebaiknya ibu bapa selalu menggunakan hubungan mata secara langsung dan menggunakan kosa kata sederhana untuk bercakap.  Sebenarnya bayi sudah terlebih dahulu boleh belajar bahasa sebelum dia boleh bercakap. Bayi sudah serap apa yang dia dengar berpandu apa yang orang sekeliling terutama ibu-bapa mereka katakan.
Oleh itu, ketika berbual dengan bayi, pastikan anda tidak bercakap bahasa bayi. Bercakaplah dengan jelas kerana bayi sudah belajar berkomunikasi sebaik dia dilahirkan. Bayi belajar mendengar suara daripada orang-orang di sekitarnya dan belajar bahawa suara yang dia dengar itu mempunyai kekuatan untuk memenuhi keperluan mereka dan boleh menarik perhatiannya.
Semakin kerap kita bercakap dengan kosa kata yang jelas dengan bayi, maka semakin kaya kosa kata yang akan dimiliki olehnya nanti. Bila tiba saatnya, anda akan kagum kerana bayi kecil anda boleh bercakap dengan jelas tanpa perlu bercakap pelat.
Moga Zaryth boleh bercakap cepat yea sayang....kalau tengok gaya macam boleh buat sembang anak ibu nehh...ahahha....hari-hari balik bercerita...

Tuesday, May 27, 2014

HARI LAHIR ADIKKU - SHATINA

May 27, 2014 8 Comments
Assalamualaikum
Hari ini hari lahir adik ambe yang ke 14..


Bermakna sudah 14 tahun ambe bergelar kakak ...heheh
Masa tu ambe dah umur 13 tahun..jadi anak tunggal..pas tu baru dapat jadi kakak...
27 Mei 2000..
Adik ambe ni dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Mak ambe dirujuk ke HUSM sebab dah lama tak bersalin...selain ada kencing manis..
Masa mak masuk bilik bersalin..ambe masih kat sekolah...masa tu ada program dalam dewan Sekolah Menengah Agama Ittifakiah Jerteh.
Tiba-tiba ada pengumuman nama ambe....Ayah ambe dah tunggu kat luar...
Heheehe...ramai cikgu,ustaz,ustazah ucap tahniah kat ambe..
Ambe ngan Ayah ambe pun bergerak ke HUSM..
Di bahagian menunggu....Tengok2 Mak ambe keluar duk atas kersui roda...dengan pegang baby yang sangat tembam...
4.42 kg kot.....besarnya adik ambe...hua3...
Tina kena masuk NICU kejap..untuk pantau sekejap..yelaa..takut ada pape kan..
Dalam NICU tuu...dia laa baby paling berat tauuu...
Sekarang dah umur 14..Tingkatan 2 daahh...
Moga Panjang umur,,jaga mak ayah kat kampung,,belajar rajin2...biar la tinggi mana pun...ganti K.Long dia nehh...huhuuh...Jaga nama keluarga kita...
Sekarang walaupun jarak umur kami 13 tahun...tapi dia dah besar dari ambe....

Sekian.

Monday, May 26, 2014

BAGAIMANA AMBE TAHU AMBE DAH JATUH CINTA?

May 26, 2014 13 Comments
http://petakbunga-diari.blogspot.com/2014/05/bagaimana-kamu-tahu-kamu-sudah-jatuh_16.html


Aahahha..gataiii nak join jugak....ekekeke...
Apa-apa pun best jugak sekali sekale mengimbau kisah diawal perkenalan ambe ngn suami dulu,,,,kih3...
Bermula dengan menghadiri kursus sama pada Jun 2009....
Tak tahu laa macam mana...Di gosip dengan orang lain....berkawan baik pun dengan orang lain...nak tackle orang lain...last2 couple ngan orang lain....dan....sekarang dah ada anak 1 pon....kih3...
Dulu-dulu masa zaman kami duk berkawan...tak de facebook..masa tu media sosial paling popular pun friendster dengan Yahoo Messenger....
Nasib laa masa tuu ...bila abis kursus..sempat laa dia amik no hp ambe,,,
Balik tempat masing2...masing2 add friendster....YM...aktiviti malam...chatting je keje....maklumlah masa tu Internet laju jerr....boleh Skype segala...
Fuuhhh..nasib baik sempat berkenalan tau takk...lepas isytihar couple...Kejadian curi line telefon kat kampung ambe menjadi-jadi.
Bila masa ambe tahu ambe jatuh cinta kat beliau??
Tak sedar pun sebenarnya....tapi bila mana dia tiba-tiba cakap dia nak tackle budak baru masuk opis diaa....ambe rasa semacam...malas nak layan daahh.....emosional....rasa sedih,,terkejut,,sampai hati dia....setiap malam2 chat ngan ambe,,share cerita ngan ambe,,cite masalah ngan ambe.....tiba-tiba dia syok kat orang lain?? Lepas tu siap tanya ambe macam mana nak tackle "orang lain " tuuuuu...susah laaaa..apa laaa...uwaaaa...hati ambe melalakk....opsss,,,ye ke sampai mcm tu??ahakksss...
Ingat ambe nak tolong dia?? Huh....tak de hati dah ambe nak chat segala....yelaaa.....dah ada orang lain dihati dia..baik dia g chatting ngan "orang lain" tuuu....wat apa nak chatting ngan ambe lagi....Sakit hati tauuu takkk.....
Haaa....korang nampak tak api cemburu kat situuu.....hua3....malu nyaaa ambee.....tapi itu laa yang buat ambe senyum sorang2...
Ambe dah macam orang putus harapn..yelaaa orang lain tuu dekat sangat dengan Si DIa....Ambe nii jauh di kampung....Memang gadis kampung betull..comot2...selekeh2......Tak cantik mana...tak meletopp mana nak dibandingkan dengan orang lain tuuuu....

+-/X 16 Januari 2010 kami isytihar couple wehh...
Hah..macam tu jelaaa ceritanya....cukup la tu kan...kua3...malu weh nak ceritaaa...
Last-last kami kahwin jugak,,,,sebab apa?hah...dah dia tahu ambe suka dia...takkan Si Dia nak lepaskan ambe...hua3,,,,tolak tambah bahagi darab....Ambe Sah Jadi Milik DIa jua..Sanggup tuu dari Perak ke Terengganu....
12 Mac 2011 ambe dipinang....3 September 2011 pulak  kami ijab & Qabul..Alhamdulillah....5 September 2012 telah dikurniakan seorang Hero....

Sekian,,,,,,,,

KERJA KOSONG

May 26, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..
Selamat petang kawan2....Ambe hanya nak kongsi 1 informasi pasal pekerjaan....

 Jika anda sedang tercari-cari peluang pekerjaan..Anda boleh menyertai Walk In Interview seperti penyataan dibawah :

Position : Customer Service / Admin / Human Resource / Sales and Marketing / Programmer / Technician

Kelayakan : Sekurang-kurangnya SPM dan ke atas.

Datanglah ke Walk In Interview di Jobhouse Sdn Bhd :

No 52A Level 1, Jalan S S2/4A, 47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Malaysia.
( On Top Off Speedmart )

Pada : 28 , 29 , 30 May 2014
At 10 am to 3 pm
Contact Person : Asyraf / 03-78735017


Untuk lebih lanjut dan kesahihan...boleh cantact terus ke Contact person tu yeaa...
Sekian, Terima Kasih.



MENARA CONDONG, TELUK INTAN

May 26, 2014 6 Comments
Assalamualaikum..
Sabtu lepas 24 Mei 2014 ambe akhirnya berpeluang melawat Menara Condong Teluk Anson...
Yelaa....selama ni asyik dengar nama sahaja...tapi tidak pernah sampai sana,,
Kebetulan ada kenduri belah sana..jadinya apa lagi...snap2 laaa..
Nilaaa rupanya Menara Condong tuu..


Serba sedikit tentang Menara Condong

Dalam Bahasa Inggeris Pun ada... :)

Tangga naik hingga tingkat 3

Ibu dan Zaryth

Ibu , Ayah , Zaryth

Pintu masuk..kena tulis nama dulu yerkk

Perhatian..!!

Ambe tak tahu fungsi ape...anda boleh nampak di tingkat 3....

Tingkat bawah..tangki air...bawah tanah.


Ambe pegi masa orang duk sibuk nak mengundi...hihihi..kawasan tu orang duk pasang khemah wehhh..
Sekian,terima kasih.

Thursday, May 22, 2014

AMPHETAMINE TYPE STIMULANS - ATS

May 22, 2014 2 Comments
 

ATS - Gelaran kepada sekumpulan dadah jenis peransang atau stimulans seperti Amphetamine, Methamphetamine , Methcathinone dan ecstacy. Dadah jenis ini paling popular ialah Ecstacy dan Syabu. Dadah-dadah ini boleh didapati dalam bentuk pil untuk ditelan, dalam bentuk serbuk untuk diambil secara hidu serta dalam bentuk larutan untuk diambil secara suntikan. Ia menjadi lebih berbahaya kepada manusia kerana ia hasil adunan pelbagai bahan kimia termasuk yang diguna dalam racun tikus, cecair peluntur, malahan ada yang dicampur dengan kaca lampu florescent.

KESAN ATS TERHADAP SISTEM SARAF PUSAT

  • Paranoid - Perasaan Syak wasangka yang melampau tanpa sebab yang kukuh.
  • Gangguan mood - Mood akan berubah daripada keadaan biasa kepada satu keadaan keseronokan yang melampau.
  • Agresif - Ransangan ATS boleh mempengaruhi seseorang bertindak di luar batasan.
  • Peningkatan tumpuan - Tumpuan terlampau terhadap sesuatu perkara.
  •  Insomnia - Kesukaran untuk tidur.
  • Sawan ( convulsion ) - Otot badan mengembang dan mengendur dengan cepat serta berulangan menyebabkan goncangan badan diluar kawalan.
  • Tremor - Pergerakan otot-otot menjadi luar kawalan.
  • Kerosakan sel-sel otak
  • Pendarahan dalam otak.
  • Psikosis - Pengguna akan menjadi gila.

Sumber : Lihat*Dengar*Fikir*Bertindak*Cegah!-ATS Membunuh

Wednesday, May 21, 2014

BUNUH DIRI

May 21, 2014 14 Comments

Assalamualaikum
Selamat pagi readerssss
Gempak tak tajuk??AHhahhahah
-----
Ambe bukan nak cakap pasal tuuu..
Tapi pagi ni duk dengar majlis ilmu sikit pasal masalah...
Apa kaitan dengan bunuh diri??
Ada orang bunuh diri sebab nak lari dari masalah dan nak selesaikan masalah..
Tapi padahal.....mati tak selesaikan masalah...kita tak tahu apa masalah selepas mati pulak kan??
Masalah selepas mati bergantung pada masalah yang kita buat sebelum mati...
Masalah di dunia....boleh laa kita minta tolong orang...
Masalah di dunia boleh laa kita mengadu pada orang...
Lepas mati?nak mintak tolong pada sape?
Dalam konteks ini...sebagai Muslim....orang Islam...
Allah S.W.T menganugerahkan masalah dengan bertujuan...tujuan untuk menguji...Orang yang mendapat ujian ini sangat beruntung..kerana Allah S.W.T menyayangi dia ....Allah S.W.T mencuit kita untuk kita mengadu,,memohon pertolongan dari-Nya....

Sekadar renungan pagi

Tuesday, May 20, 2014

DIDIK ANAK - IBU BERKERJAYA

May 20, 2014 4 Comments
 

Yeahhh...
Sesuai la kot untuk ambe gelaran diatas dengan bekerja di pejabat mula jam 8.00 pagi - 5.00 petang. Ambe bangga mempunyai kerjaya walaupun tidak seberapa nii...
Tapi kekadang tengok status facebook seorg kawan tuu...sering menjentik hati ambe.... Mungkin itu rezeki dia tidak perlu keluar rumah....tidak perlu memandu hampir 1 jam perjalanan..tidak perlu fikir kerenah orang atasan..balik kerja tidak perlu fikir jalan sesak....fikir nak masak apa...mungkin juga ambe cemburu....tapi tidak perlulah dia mempamerkan sangat sesuatu yang boleh menyedihkan hati seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak dalam didikan orang lain... Jadi ambe carilah sedikit penawar untuk diri ambe...cara dan tips-tips untuk mendidik anak bagi ibu bekerjaya yang dikongsi seorang insan hasil perbincangan dalam program tv "Tanyalah Ustazah :


Hayati sedikit copy & paste ini....AHhahaa..opppsss


berkesempatan menonton rancangan "Tanyalah Ustazah" di TV9.
Topik berkaitan dengan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak..disampaikan oleh Ustazah Nor Hafizah Musa.

Kata ustazah,ibu yang berkerjaya ni sangat mencabar. sedangkan surirumah sepenuh masa sudah merasakan penat menguruskan rumah tangga, apatah lagi ibu yang berkerjaya. Balik dari kerja setelah seharian bekerja, menuntut ibu ini menguruskan anak-anak,suami dan rumahnya pula.


Persoalannya, bagaimana ibu berkerjaya berperanan dalam mendidik anak-anak..
Ibu yang berkerjaya pasti penat..kadang-kadang tertekan dengan kerja..kemudian balik kerumah untuk melayan kerenah anak-anak yang macam-macam..lalu ustazah memberikan tips untuk ibu berkerjaya amalkan..
ada 4 Tip menarik untuk dikongsi..iaitu 4K

1. KOMITMEN
 

Ibu perlu berazam untuk mendidik anak dengan baik. ibu perlu ingat, kesilapan mendidik anak pada hari ini, buruk padahnya di masa depan.walaupun letih, kuatkan hati dan semangat untuk melayan anak-anak dengan baik. Banyakkan berzikir untuk menghilangkan rasa penat.
kadang-kadang,bila penat tu la kita rasa nak marah je kan..dan anak-anak ni la yang jadi mangsa..lepas ni kalau rasa penat dan anak-anak menguji kesabaran, kena banyak-banyak berzikir..

2. KONSISTEN / ISTIQAMAH

 
Apa yang ibu buat untuk mendidik anak perlulah berterusan. Jangan kerana hari ni dengar ceramah, maka semangat untuk mengajar anak selepas magrib.esok-esok tak buat dah..buatlah secara konsisten.hari ni solat berjemaah,esok lusa tak buat dah.ambillah masa walau sekejap untuk mengulangkaji dengan anak-anak. Sekejap tapi konsisten adalah lebih baik dari lama tapi sekali-sekala kan..

3. KREATIF
Ibu berkerjaya perlu kreatif dalam mengurus rumah. Kata ustazah, memang penat dan kadang-kadang rumah tak terurus kerana menguruskan anak-anak.kalau sibuk mengurus rumah takut anak pula terabai.
Jadi, ibu perlu kreatif. Contoh, kain yang bertimbun, himpun je dalam bakul kalau tak sempat lipat, takde la nampak bersepah ( Ambe memang jenis tak leh tengok kain bersepah....kalau tak berlipat pun biar dalam bakul....dalam bakul tak leh lama2..nanti sakit mata)

4. KETAQWAAN
 

Bila kita berkerja, dan anak-anak kita tinggalkan dengan pengasuh..pastikan kita melakukan kerja dengan penuh taqwa. Apa yang kita lakukan,ada impaknya pada anak-anak.kalau kita bekerja, tapi mengambil rasuah, ingatlah hasil haram yang kita beri pada anak. sama juga jika kita bekerja, tapi "tidak bekerja"..ingatlah pada keberkatan rezeki yang kita bawa balik untuk anak-anak..ibu-ibu..bekerja lah dengan kerja yang sebenarnya agar kita membawa balik rezeki yang halal dan berkat untuk anak-anak.agar mereka membesar dengan akhlak yang baik hasil dari didikan yang baik, dan juga makan dari hasil yang baik-baik juga..eh..jangan ibu-ibu risau jika membaca entry ini ketika sedang bekerja ya..tidak salah jika sedang berkelapangan.

Ustazah juga berkata, anak pada ketika umurnya 0-7 tahun adalah TUAN. Kenapa? lihat dia boleh kata "mak, nak susu" walhal emaknya seorang profesor..sapa berani mintak profesor macam tu kan (tersengih saya bila ustazah bagi contoh ni..memang tepat). Sebagai tuan, kita kena ikut apa yang dia mahu. TETAPI perlu kita ajar anak kita cara yang betul untuk minta kita buat sesuatu.
 

Pada umur 8-14 tahun anak adalah suruhan. Suruhlah dan ajarlah dia menunaikan solat dan amalan-amalan wajib yang lain

Pada umur 14-21, anak adalah pembantu,mintalah bantuannya untuk melakukan sesuatu yang tidak membebankannya,dan mulakan dengan meminta bantuan sesuatu yang mudah.

Berlapang dadalah wahai ibu berkerjaya..walaupun berkerjaya, insyaAllah cabaran untuk mendidik anak masih boleh dipikul..disamping dapat membantu meringankan beban ekonomi suami..ingatlah..KUALITI masa bersama dengan anak-anak itu adalah yang terbaik..ingat pesan ustazah hafizah..KONSISTEN..insyaAllah, anak-anak terdidik dengan baik..


SURI RUMAH SEPENUH MASA KE SURI RUMAH PART TIME KE.....TETAP SURI DIHATI SUAMI DAN ANAK-ANAK....KEDUANYA SAMA TANGGUNGJAWAPNYA


TERUBAT SIKIT HATI AMBEEEE NEHHH...ALHAMDULILLAH.


Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

May 20, 2014 52 Comments
http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah.

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss...

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

ANTARA PERBELANJAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

May 20, 2014 2 Comments

PERBELANJAAN KEPERLUAN

Mesti ada atau dimiliki dan jika tidak ada,hidup menjadi sukar.
Antara yang boleh dikategori sebagai keperluan :

  1. Tempat tinggal
  2. Makanan dan minuman - belanja dapur.
  3. Perbelanjaan sekolah anak-anak
  4. Utiliti - bil elektrik dan air
  5. Bayaran pinjaman.
  6. Pakaian
  7. Pengangkutan.
PERBELANJAAN KEHENDAK

 Perbelanjaan untuk penuhi keinginan peribadi / ikut citarasa semasa. Jika tiada tidak mengapa kerana tidak menjejaskan penghidupan.

Antara perkara yang boleh dikategori sebagai keperluan.:

  1. Melancong
  2. Pakaian berjenama
  3. Alat Solek
  4. Hiasan rumah
  5. Hiburan
  6. Telefon Bimbit canggih.
  7. Makanan yang mahal.
Sumber :Panduan Mengurus Kewangan - Bajet ( JobsMalaysia)

Monday, May 19, 2014

MENGURUS HUTANG

May 19, 2014 4 Comments
 

Hutang ibarat penyakit barah yang tidak boleh dibiar begitu sahaja.
Antara Cara Mengurus Hutang :

  • Elak daripada  terus menambah hutang yang sedia ada seperti membeli barang secara hutang misalnya menggunakan kad kredit.
  • Jangan buat pinjaman baru dengan tujuan melangsaikan hutang lama kerana pada hakikatnya anda belum bebas sebab masih masih berhutang dan masalah anda juga tidak selesai.
  •  Bayar balik hutang dengan melangsaikan bayaran hutang yang tertunggak dan mempunyai kadar faedah yang tinggi terlebih dahulu.
  • Jika perlu gunakan wang simpanan atau pelaburan yang anda buat dimana-mana jika ada atau jual aset yang ada untuk membayar balik hutang.
  • Bincang dengan bank untuk menstruktur semula pembayaran balik pinjaman atau hutang mengikut kemampuan anda.
  •  Buat bajet dan pastikan ada peruntukan untuk membayar balik hutang serta cuba berusaha menambah pendapatan misalnya dengan bekerja sambilan pada hari cuti atau selepas waktu kerja.

 
Sumber : Panduan Mengurus Kewangan-Bajet ( JobsMalaysia )

KEPENTINGAN MENABUNG

May 19, 2014 6 Comments
 


Hahhh..
Petang baru ada idea..tu sebab MEMBACA,,,,
kalau takk...tak de entry laa hari ini...Kih3...
-------
Menabung adalah satu langkah berjaga-jaga yang penting untuk kemungkinan pada masa depan.
Musibah yang mendatang..seperti kehilangan duit, sakit dan sebagainya yang diluar jangkaan..
Menabung juga boleh membantu kita membina kekayaan sebagai persediaan keselesaan hidup selepas bersara, pembiayaan pelajaran dan sebagainya.

JENIS DAN BENTUK TABUNGAN

  1. Simpanan tunai atau tetap dalam institusi kewangan.
  2. Membeli insurans atau takaful yang bukan sahaja untuk perlindungan sekiranya berlaku musibah tetapi juga sebagai simpanan selepas tempohnya matang.
  3. Caruman di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
  4. Caruman dalam Tabung Haji dan koperasi.
  5. Pelaburan emas dan perak. Bagaimanapun, perlu pastikan terlebih dahulu pelaburan dibuat di institusi kewangan yang sah dan mendapat kelulusan Bank Negara.
  6. Melabur dalam bidang hartanah seperti membeli rumah, tanah, dan sebagainya.
  7. Melabur dalam bidang ternakan seperti penternakan ayam, lembu, kambing atau ikan air tawar.
  8. Melabur dalam bidang pertanian.


Sumber : Panduan Mengurus Kewangan-Bajet (JobsMalaysia)

Friday, May 16, 2014

TUTORIAL SETTING WIDGET GOOGLE + FOLLOWERS IS PRIVATE

May 16, 2014 12 Comments
Seperti tajuk di atas
macam ni rupa masa mula2 Sha letak widget Google + Followers kat wall Sha...


Sekarang masalah Sha ni pun dah setel
Caranya : Log in akaun google + ... Klik pada bahagian "About"

Widged Google+ Folowers, Followers list is private 

 2. Pada Halaman About, Klik Edit pada panel People
 

http://4.bp.blogspot.com/-tU0CKy0dfCY/Ullgjmg7vCI/AAAAAAAABo4/dVxj4ra5DyM/s1600/Google++Plus+Followers+List+Is+Private2.png

 3. Bila Klik Edit ,window pop up people seperti ini akan keluar, tick seperti dalam kota merah.
" Show people who have added you to circles.

Widged Google+ Folowers, Followers list is private 

 4. Akhir sekali selepas save..refresh dan tengok apa perubahan.
Jadi macam ni dahh...


SEKIAN.

DIDIK ANAK 2

May 16, 2014 12 Comments
oHH NOOO..... Apa laaa ambe akan buat kalau anak ambe buat macam neh??
Uwaaaaaaaaaaa...
Moga dapat laaa ambe beristigfar cepat2 yeaaaa

Kita sering bertindak balas secara spontan terhadap kata-kata negatif dan tingkah laku nakal anak-anak. Tindak balas spontan kadang kala tidak bertepatan dengan apa yang anak cuba ingin sampaikan melalui kata-kata dan tingkah laku tersebut. Adakah kita bersedia?bersedia  untuk mencuba sesuatu yang berbeza hari ini?

MENDENGAR memerlukan lebih daripada telinga kita!

1. Gunakan mata untuk melihat bahasa badan dan ekspresi muka anak.

2. Gunakan telinga untuk mendengar nada suara mereka

3. Gunakan hati dan minda untuk mentafsir niat yang positif di sebalik kata-kata dan tingkah laku negatif anak-anak.

4. Gunakan tangan untuk menunjukkan isyarat bahawa kita sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar.

5. Gunakan nafas untuk kekal bertenang, prihatin dan empati.

Dengan itu, InsyaAllah kita akan dapat bertindak balas secara lebih positif terhadap kata-kata dan tingkah laku mereka.

Huiiii...uiiiiiiiiiiiiiii....
Geram Ibuu....huuhuh..

SELAMAT HARI GURU

May 16, 2014 6 Comments

Selamat Hari Guru
Buat semua yang bergelar Guru.
Terutama guru-guru yang pernah mengajar ambe di
TASKI - 1992
 SK OH- 1993
SK TOK RAJA - 1994 - 1999
SMA ITTIFAKIAH,JERTEH - 2000-2002
SMT BESUT 2003-2004
SMK SERI NERING - 2005-2006
PENSYARAH IUCTT - 2007
PENSYARAH UNIMAS - 2007

SEKIAN.

Thursday, May 15, 2014

"#2 Mellya and Iola Giveaway Bonanza Supported By Buttons & Cuteness"

May 15, 2014 14 Comments

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan ini, sukacita dimaklumkan
Mellya dan Iola akan mengadakan giveaway bonanza

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan ini, sukacita dimaklumkan
Mellya dan Iola akan mengadakan giveaway bonanza
yang bermula pada
2 May 2014
dan berakhir pada 25 Jun 2014**

Hadiah-hadiah giveaway bonanza kali ini
ditaja sepenuhnya oleh Buttons and Cuteness.
Dan yang best?!
Setiap penyertaan, layak menerima diskaun voucher yang akan
diberikan pada akhir giveaway nanti.

Jemput join beramai-ramai dan jadi top referral giveaway ini ^^
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Satu set combo brooch untuk pemenang top referral serta hadiah misteri untuk referral
melebihi 200 view

TUTORIAL KOMEN BERANTAI ATAU THREADED COMMENT

May 15, 2014 3 Comments
Haiihhhhh...
mana laaa ambe tauuu..
Jenuh minggu ni ambe duk cari jawapan
Macam mana nak balas komen kawan2 blogger lain kat entry ambe...
Maksudnya nak reply terus ke satu2 komen yg member komen tuu...biar nmpak kemas.....
Macam mana laa kawan2 ambe yang lain setting yerkkk....
Rupanya benda simple.......
Terutama nak terima kasih pada Mama sebab bagi key word komen berantai tuuu..
Maka ambe pun cari jawapan..
Akhirnya jumpa...ekekeke...So nak kongsi jugak laaa...

1. Settings > Allow Blog Feed > Pilih “Full”



 2. Settings > Posts and Comments > Pilih “Embedded”



3. Okeeehhhh...sekarang boleh tengok perubahan....Alhamdulillah....settle masalah saya...

Alhamdulillah

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com

May 15, 2014 2 Comments

Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang.

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada 12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

LIEBSTER AWARD FROM WAFEE

May 15, 2014 14 Comments
Assalamualaikum...
Huuuu...senyum meleret2 pagi nii...semalam seronok tgk korg main liebster award nii..
Tapi Sha xde sape nak tag...hua3...tapi pagi nii dapat tag dari Wafee ..tq yer dear menceriakan pagiku....ihikss..Sha cuba laaa menjawab yeaa..


Liebster Award ini adalah satu permainan, yang hanya wujud di internet, dan dalam dunia blogging... Ianya diberikan oleh satu blogger kepada blogger yang lain... Liebster Award ni juga merupakan satu cara untuk kita saling mengenali, dan cara untuk kita menaikkan blogger-blogger yang baru. (Read on: Liebster Award)
Liebster merupakan perkataan dari Jerman yang membawa banyak maksud; antaranya dearest, sweetest, kindest, nicest, beloved, lovely, kind, pleasant, valued, cute, endearing, welcome, sweetheart dan lain-lain...
Liebster Award ni, ada orang yang amek positif, ade yang amek negatif... Positif sebab it's fun, boleh menaikkan trafik.... Negatif sebab malas nak menjawab soalan... Hehe... It's up to you...
Rules dia simple: 1. Tag balik orang yang beri award ni pada anda. 2. Jawab 11 soalan yang diberikan kepada anda. 3. Tag 11 rakan-rakan blogger anda. 4. Sediakan 11 soalan pulak untuk mereka. 5. Maklumkan pemberi award anda dan juga penerima award anda.
So sekarang saya nak jawab soalan-soalan dari Wafee plak... Hehe..

1. Nama panggilan yang anda suka? Saya paling suka orang panggil saya Kak Mar..sebab macam dihormati je..konon2 macam K.yong Gangster tuu...kih3....tapi tu panggilan org yang dah lama kenal Sha laa..
 

2. Favourite colour? Dari kecik mang peminat tegar HIJAU...

3. Makanan kegemaran? Suka nasi dagang,,,kalau mak Sha buat..1 hari mkn tu saje pon xpe..

4. Plan nak anak berapa orang? Ikutkan nak 3orang...jadinya lagi 2 la kena tmbh.

5. Hadiah paling mahal yang pernah bagi kat mak? Kalau barang..errmm..stokin laa kot..sebab yg tu kecik..tp mahal...yg lain besar...ihihi

6. Hadiah yang teringin sangat nk bg kat mak? Ubat Kencing manis paling mujarab

7. Kereta idaman anda? Rahsia hati...nak estima..leh bwk fmly..mak ayh,,adik 1 kete

8. Dah berapa lama blogging? tahun nii tahun ke 4..tp bru je aktif blik

9. Do you like your job/study? Suka, kalau definisi kerja yg dulu..penguatkuasaan

10. Tempat hangout/lepak favourite? Paling suka kat tempat yg sejuk...conoth waterfall...

11. Describe ME in 3 words... Simple, Bermotivasi, Sihat.

Okehh....siap!!

Giliran Sha plk pass kat kawan-kawan saya yang lain plak... Soalan-soalan adalah seperi berikut : :)

1. Awak asal dari daerah mana? 
2. Hari minggu awak suka buat aktiviti apa ?
3. Baju raya awak tahun 2014 tema warna apa?
4. Awak ada binatang kesayangan tak?
5. Raya tahun ni 2014 raya belah mana dulu?suami or isteri?
6. Awak pernah amalkan diet tak?
7. Awak paling rapat dengan ibu ke ayah awak?
8. Kenderaan utama ke tempat kerja / study?
9. Rancangan tv/drama kegemaran awak apa yea?
10. Web yang kerap awak layari setiap hari?
11. Komen sikit blog saya...heee
Sekarang....Sha nak tag kawan-kawan dibawah pulak....

Kepada kekawan yang ditag diatas...sudi2 la join lau ada masa...tak da paksaan naa....:)



Wednesday, May 14, 2014

METADON & WANITA

May 14, 2014 5 Comments
Assalamualaikum,,,
Haaa..pepagi tak de idea...
Jadinya ambe nak berkongsi sedikit info tentang Metadon & Wanita
Mungkin tidak ramai yang ingin tahu..
Sebabnya Metadon adalah suatu rawatan sebagai gantian dadah berbahaya ( heroin dan morfin ) bagi penagih tegar.
Bidang kerja ambe walau tak secara langsung...tapi terlibat jugak laa..

-------
Wanita mungkin akan berhenti kitaran haidnya bila mereka mula mengambil metadon. Terdapat banyak alasan lain kenapa kitaran haid menjadi tidak menentu :
Mengandung
Tekanan
Amalan pemakanan tidak sihat
Berat menambah dan berkurang
Putus Haid
Masalah kesihatan lain
Perubatan lain
-----
Jika anda mengandung, jangan bimbang tentang metadon. Ini kerana :

  • Perempuan mengandung yang menjalani rawatan metadon akan mengalami beberapa kompilasi sahaja semasa mengandung dan melahirkan anak berbanding dengan penagih tegar.
  • Kajian metadon telah dibuat secara meluas ke atas ibu mengandung.
  • Mengambil metadon semasa mengandung boleh mencegah keguguran dan tekanan.
  • Pengurangan dos metadon semasa trimester pertama dapat meningkatkan risiko keguguran.
  • Semasa mengandung, dos anda hendaklah bersesuaian bagi mengelak daripada ketagihan, tabiat dadah jalanan serta mengelak daripada penarikan diri dari rawatan metadon.
BAYI
  • Mengikut kajian yang dibuat, ramai bayi telah dilahirkan daripada ibu yang mengambil metadon
  • Jangan sekali-kali cuba memberikan metadon kepada bayi anda. Ianya boleh membawa maut.

PENYUSUAN SUSU IBU
  • Pengambilan metadon tidak memberi kesan dalam proses penyusuan susu ibu kepada bayi.
  • Bayi menyusu susu ibu akan menerima sedikit sahaja kuantiti metadon
  • sekiranya anda ragu-ragu , sila berbincang bersama doktor anda sebelum memutuskan sama ada hendak melakukan penyusuan ibu kepada bayi atau tidak.

Sumber : Cawangan AIDS/STD Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Monday, May 12, 2014

JANGAN BERHENTI BERKENALAN-SUAMI ISTERI

May 12, 2014 5 Comments
Salam petang semua...
Petang ni ambe nak kongsi 1 perkongsian dari sahabat blogger Noraslina Binti Jusin
Isteri kepada Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman...
Hampir keseluruhan ambe copy paste..heee..macam rugi copy sikit2..nnti tak lengkap penyampaian..

SALING MENGENALI
Saya yakin, mana-mana pasangan yang telah menempuh alam perkahwinan beberapa tahun lamanya pasti mengakui dengan penuh sedar bahawa cinta bukanlah segalanya di dalam rumahtangga.
Sungguhpun kalimah cinta sebelum pernikahan banyak menjadi penyebab bertautnya jiwa uda dan dara untuk melayari bahtera rumahtangga melalui pernikahan, namun ia tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha dilakukan bagi memastikan bunga-bunga cinta yang telah bersemi di awal perkahwinan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.

Tempoh hidup bersama memungkinkan suami dan isteri untuk masing-masing lebih mengenali. Sejak awal usia perkahwinan, dari sehari ke sehari semakin banyak maklumat tentang pasangan yang dapat diketahui; kelebihan dan kekurangannya, sifat dan tingkahlaku, juga perubahan watak dan reaksi pasangan terhadap sesuatu situasi yang berlaku.

Semua itu merupakan satu proses di dalam rumahtangga. Andai sebelum berkahwin, peratusannya mungkin hanya sekitar 30%, namun sebaik melangkah ke alam rumahtangga, peratusan itu pasti meningkat dari semasa ke semasa.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Justeru itu, ramai pasangan suami atau isteri hari ini yang mendakwa sudah cukup masak dengan sikap dan perangai pasangan masing-masing.

“Luar dalam, semua dah tahu.” Demikian ungkapan yang selalu diwarwarkan.
 



PERUBAHANSikap ‘beranggapan’, mengagak atau menyangka bahawa suami atau isteri sudah mengenali pasangan masing-masing di depan mata adalah umpama racun yang boleh menghakis sedikit demi sedikit keharmonian dan keutuhan rumahtangga.

Hal ini kerana setelah proses mengenali mulai sampai ke tahap kemuncak, kesilapan mula terjadi. sesudah masing-masing mulai merasakan mereka telah saling mengenali, telah mencerna erti faham memahami di antara suami dan isteri, mereka bagaikan berhenti dari terus mengenali.

Sedangkan, di fasa pertengahan perkahwinan, ia merupakan satu tahap yang memerlukan suami dan isteri untuk lebih aktif dan pro-aktif mengenali dan memahami pasangan. Ini kerana ujian kehidupan dengan tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan semakin besar dan mencabar. Dan inilah salah satu punca yang mencetus perbalahan suami isteri setelah sekian lama melayari bahtera bahagia.

Sewajarnya, setiap pasangan perlu memahami dan menyedari bahawa pada awal perkahwinan, perasaan cinta dan rindu yang menguasai ketika itu hanyalah bersifat ‘kosmetik’ dan sementara sahaja, kerana ia belum diuji dan teruji. Rasa cinta pada fasa pertama itu hanya menggebu dengan diwarnai oleh sikap 'ingin dimiliki dan memiliki' terhadap pasangan masing-masing semata.

Manakala cinta yang menjalar secara perlahan-lahan seiring proses mengenali pasangan di sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan, sangat berpotensi untuk lebih kekal dan kian mengental andai ditanggapi secara bijaksana, lantaran ia tumbuh dari ujian dan cabaran yang berencam bentuknya. Dari perasaan benci dan kasih yang bersilihganti, tawa dan tangis yang menambah makna yang akhirnya bersebati menjadi kasih sayang, menyemai kemesraan, rasa percaya sehingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan menghargai.


MANUSIA BERUBAHHakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang dapat kekal dengan 'diri' yang sama selama hayatnya. Pertambahan usia, pengalaman hidup, perubahan persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain mampu mengubah seseorang kepada ‘individu’ yang baru iaitu dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian, kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara bercakap dan seremeh panggilan nama juga turut mengalami perubahan.

Keadaan inilah yang memerlukan suami atau isteri untuk sentiasa ‘up-to-date’ terhadap pasangannya. Jika lalai, leka dan memandang sebelah mata sahaja, maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu masalah yang menggugat keharmonian rumahtangga, lebih-lebih lagi jika perubahan itu ketara menjurus ke arah negatif dan tidak selari dengan tuntutan ILAHI.

 Oleh itu, sebelum meletakkan 'orang ketiga' sebagai punca perbalahan, sudah takdir dan tiada jodoh menjadi alasan, lakukan muhasabah diri terlebih dahulu. Andai diimbal balik sebab dan punca sebenar masalah yang berlaku kemungkinan ia bermula dari kelekaan untuk mengenali dan memahami pasangan.

 Insafilah selalu, bahawa setiap manusia sememangnya diciptakan berbeza (termasuk suami isteri) dengan manfaat dan ruang untuk bertaaruf ( saling mengenal ) di antara mereka. Firman ALLAH SWT :


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ


Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )

Seiring berlalunya waktu, kehidupan di dalam perkahwinan akan beransur menjadi suatu rutin yang biasa, dengan suami atau isteri merasa bahawa seharusnya pasangannya sudah tahu apa yang diinginkan oleh diri masing-masing.

Pada saya, tanggapan ini kurang tepat. Seharusnya, suami dan isteri tetap perlu terus mengenali khususnya melalui komunikasi yang lancar dan saling terbuka. Sentiasa berkongsi cerita, serta menyatakan keinginan tanpa perlu berahsia, seterusnya berusaha untuk saling mengoptimumkan kelebihan masing-masing demi kerukunan perhubungan di samping tidak lupa memuhasabah kekurangan yang ada dan bersedia menerima kesilapan sendiri tanpa memanjangkan perdebatan atau merasa sakit hati.


JANGAN BERHENTI BERKENALAN....

SAMBAL SARDIN

May 12, 2014 1 Comments


Lama betul tak makan lauk sardin,,duk belek-belek ada rupanya kita beli sardin...nasib baik tak expired....huhuhu....
Resepi Sambal Sardin Kita :
Sardin 1 tin kecik
Bawang Besar 1/2 biji ( ditumbuk )
Bawang putih 1 ulas ( ditumbuk )
Tomato 1 biji je
Cili Padi
Jus Asam Limau
Caranya
  Tumis Bawang Besar + Bawang Putih yang ditumbuk tadi
sampai Wangi tau...
Masukkan Sardin ,Tomato, Cili Padi
Pas tu baru letak jus asam limau + Garam + gula..
Tu sahaja ,,,simple kan?

Transfer : www.dapurshalimar.blogspot.com

DAGING DENDENG

May 12, 2014 0 Comments





Daging Dendeng...antara masakan kesukaan suami kita...kita pun suka sejak mengenali resepi ini pada awal-awal kahwin dulu ikut suami ke kenduri saudara mara nya di Teluk Intan...
Daging? memang kesukaan saya...jarang sekali saya tolak ...
Suami kita cakap kalau yang betul-betul punya daging dendeng....kalau daging tu 1kg...bawang merah pun perlu 1 kg jugak...baru asli...huhuh...Okeh...tanpa buang masa lagi...ni resepi orang Perak....suami kita kan orang perak....jadinya...dia makan orang Terengganu punya...kita pun makan orang Perak punya...

Bahan-bahan :
Daging
Bawang Merah ( Dimayam )
Halia ( Dimayam )
Bawang Putih ( Dimayam )
Cili Kering ( Direbus & Dikisar )
Garam
Kicap

Langkah 1 : Rebus daging sampai empuk
Langkah 2 : Sudah empuk..hiris nipis-nipis
Langkah 3 : Daging dihiris tadi diketuk @ ditumbuk dalam lesung
Langkah 4 : Perap dading dengan kicap manis
Langkah 5 : Goreng daging sekejap...
( Haaa baru bab daging ...okeh ketepikan )

Langkah 6 : Dengan minyak goring daging tadi...kita goring pulak bahan-bahan yang dimayam tadi..sampai bau Wangi....kemudian angkat..ketepikan...

Langkah 7 : Dengan minyak sama jugak...tumis cili kisar tadi....2 sudu je kita letak sebab takut pedas pulak....
Langkah 8 : Tambah kicap dalam kuali,,,
( Kacau-kacau )
Langkah 9 : Kita masukan daging yang digoreng tadi..jangan lupa bahan-bahan dimayam & digoreng tadi...masuk sekali...kacau sampai semua bahan sehati sejiwa.....

SAMBAL UDANG PETAI

May 12, 2014 0 Comments






BAHAN-BAHAN

20 ekor udang ( saiz sederhana )
10 tangkai cili kering *
10 biji cili merah *
1 1/2 inci belacan *
1 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
( Bahan bertanda * dikisar bersama )
3 papan petai
2 susu makan asam jawa ( tak suka masam kurangkan )
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

CARA MEMBUAT

1. Panaskan minyak , tumis bahan yang dikisar. Masak sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, gula, garam.
3. Masukkan udang dan petai. Gaul sehingga masak, angkat dan sedia dihidangkan.


Transfer : www.dapurshalimar.blogspot.com

KUAH LODEH SIMPLE

May 12, 2014 0 Comments







1/2 biji kobis
1/2 biji karot
5 btg kacang panjang ( ikut suka memasing yer )
1 keping tempe ( saya guna yng packing dalam plastik ) – dipotong dan di goreng sebentar.
1 paket suhun ( 50 g )
1 paket tauhu kering/ fo chu  ( 50 g)
100 g udang basah
1 1/2 cawan santan
garam secukup rasa

Bahan kisar
1 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang besar
1 batang serai
4 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
Cara penyediaan
1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong kecil2.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan santan cair. Masak hingga kuah mendidih.
3. Masukkan  santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.
4. Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


Tranfer : www.dapurshalimar.blogspot.com

SELAMAT HARI IBU

May 12, 2014 2 Comments
  Assalamualaikum
Selamat Pagi semuaa....
Haiii.... wish hari Ibu je kang jadi kontroversi plak..ikut kristian la ikut bla bla bla la..patut hari hari la hari ibu hari ayah la..bla bla bla...

Bagi ambe...ambe tak kisah pun...ambe pun xde laa tepon mak wish...hiii
Ambe rasa tak salah kot nak meraikan ibu...ibu kita jeww....tak ada niat lain pun sampaikan nak rosak akidah tuu...
Sebenarnya ambe sedikit terkilan..sebab hadiah ambe untuk mak tak sampai lagi saat ambe mencoretkan entry inii.....huuuwaaaaaa
Memang laa hari-hari hari ibu....tapi hari-hari ke korg wish selamat hari ibu...??
Mang sebagai anak hari-hari kita kena bahagiakan ibu...tapi kalau ada hari khas macam nii...boleh laa melebihkan sikit keraian tu untuk ibu kita...
Selain hadiah berbentuk fizikal...
Hadiah paling bermakna...hadiah yang boleh memberi kebahagiaan dunia akhirat...
Doa dan menjaga silaturahim dengan ibu,,saudara mara ibu..dan kawan-kawan ibu...
Tambah macam ambe nii...dah laa jauh dr pandangan mak,,ambe mengharapkan orang sekeliling berdekatan mak ambe  jela yang boleh memberi bantuan segera.

Selamat Hari Ibu buat emak ambe di kampung...
Sampai sekarang ambe boleh nampak mak masih bekerja...
walaupun tak berapa larat...
Ambe tau niatnya....duitnya bukan ke mana pun...
Untuk anak-anak dia jugak,...
Ambe yang dah ada anak satu ni pun selalu dilayan macam budak,,,
Masih dibeli itu ini,,..
Ohh mak,,mak....