Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JANGAN MENCEMUH MAKANAN

Assalamualaikum..
Hari ini ambe tolong teman kan seorang kawan ke klinik...
Dalam duk menunggu..ambe isi masa dengan membaca majalah yang ada disediakan di klinik terbabit.
Salah satu bacaan yang menarik perhatian ambe ialah tentang cara bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T.
Memandangkan dalam pemerhatian ambe..mang terdapat orang yang tanpa sedar tidak mensyukuri rezeki Allah S.W.T ..seperti terkeluar laa perkataan seperti
 "eeeeeeee".."iyerrkkkk"...

yang pada ambe tidak menghormati makanan dan orang sekeliling yang menikmati hidangan yang sama....terdetiklah rasa nak kongsi...semoga selepas ini...orang-orang yang selalu dan pernah berbuat demikian berhenti dari berbuat demikian.
Salah satu caranya ialah tidak mencemuh makanan yang dimakan jika terdapat kekurangan pada makanan tersebut.
Begitu juga makanan yang disediakan oleh para ibu dan isteri,sekiranya makanan tidak memenuhi cita rasa atau kehendak suami dan anak-anak,jangan dicemuh makanan tersebut kerana tindakan seperti itu boleh menyakiti hati si ibu.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya :"Rasulullah SAW itu tidak pernah sama sekali mencela sesuatu makanan. Jikalau Baginda SAW ingin pada makanan itu baginda pun memakannya dan jikalau tidak menyukainya,maka baginda tinggalkan tanpa mengucapkan celaan kepadanya ( Muttafaq 'alaih)

Okehh...semoga orang-orang tak sedar itu sedar./...
Noted!!!

Post a Comment

6 Comments

  1. Betul tu tak baik mencemuh makanan..klu tak sedap pun, baik diam...salam kenal..TQ follow, follow sni juga #120..:)

    ReplyDelete
  2. setuju sangat Sha..memang tak patut mencemuh rezeki yang ada..perkongsian yang amat baik..

    ReplyDelete
  3. Kadang2 kita pun tak sedar kan.. Contoh makan kat kedai tak sedap.. Kita cemuh sebab rasa tak berbaloi dgn harga yg kita bayar.. Ish ish..

    Tapi saya marah betul jenis org yg tgk makanan yg dia tak pernah makan atau tak pernah jumpa, lepas tu cebik cebik.. Cakap eei eeii.. Rasa cam nak debik je..

    ReplyDelete
  4. @anajingga

    tulaa kak..ade je mmber2 dekat yg suka cm tuu...

    ReplyDelete
  5. Salam Shalimar...balas kunjungan n done follow..

    Betul tu Shalimar...kalau tak suka makanan tu...jgn plak kata 'eiii yek'...x suka...diam...sbb ada org lain yg makan...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi