Wednesday, December 31, 2014

BERITA AKHIR TAHUN 2014

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Rasanya sudah berminggu NS tak membuat entry baru..dengan kekangan yang ada..membuatkan masa terhad termasuk kesihatan yang sedikit mengganggu.

Untuk catatan akhir di tahun 2014 ini NS ingin abadikan momen-momen akhir punch card di pejabat pada petang tadi. Di hati tidak ingin perpisahan terjadi, tetapi sudah tertulis kami dapat bekerjasama sehingga 2014 sahaja. Dengan rasmi pejabat kami terpaksa ditutup, kami dipisahkan mengikut pilihan tempat yang ada.
Apa-apa pun NS mengharapkan persahabatan ini tidak akan putus begitu sahaja.

 
NS, Eyda & Emy.

NS & Emy
 
Gelagat yang akan diingati
HANYA UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DAPATKU SAMPAIKAN.
SALAM MAAF JIKA TERKASAR BAHASA...TERSALAH BICARA...HINGGA MENGGURIS RASA DI JIWA,,,
____________________________________

Untuk penutup tahun 2014 ini juga, NS ingin juga mencatatkan rasa gembira dihati di sini.
 Dengan ketidaksihatan yang tidak menentu, NS telah mengesan....( ahahahaa) NS akan melalui fasa kehamilan kali ke-2...
Yeaa... Zaryth akan dapat adik..
Dalam kerisauan, NS bersyukur di beri peluang lagi untuk merasai pengalaman ini.
Doakan NS , family dan bakal orang baru ini sihat-sihat sahaja.


ALHAMDULILLAH..
Dapat juga NS mencatatkan sesuatu sebelum kita melangkah ke tahun 2015.
Terima kasih untuk segala-segalanya.
#Pray4MangsaBanjir
#Pray4PantaiTimur 

Friday, December 12, 2014

COLMAR TROPICALE, BUKIT TINGGI PAHANG.

Alhamdulillah.
Pada 29 November 2014 [ Sabtu ] yang lepas NS berpeluang juga menjejakkan kaki ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang.
NS sekeluarga bertolak dari rumah di Batu Gajah, Perak lebih kurang jam 5.30 pagi, keluar dari tol Tanjung Malim pada pukul 7.00 pagi melalui Batang Kali, menurut tiket masuk NS ke Colmar Tropical ini menunjukkan jam 8.48 pagi. Jam 9.00 pagi kami mendapatkan parking, berehat sekejap selepas melalui laluan berbukit dan berliku.
-------
Tiket Dewasa : RM 12
Tiket Kanak-kanak : RM 8
-------
NS pasakkan beberapa gambar dekat sini sebagai kenangan di Colmar Tropical, Bukit Tinggi Pahang ini.

 NS, Shuben & Zaryth.

 Suka dengan senibina yang ada dekat sini.


 Sejuk mata memandang.

Peta untuk shuttle bus..jika tidak mahu membawa kenderaan sendiri, bas disediakan.



 Terdapat 2 pasang Swan berwarna putih dan hitam.
Siap boleh gosok-gosok kepala.

Habis pusing di Colmar Tropical, kami bergerak ke Taman Jepun dengan menaiki kenderaan sendiri.
Selepas parking kenderaan, kami mula mendaki anak tangga menuju ke Taman Jepun, agak penat kerana selepas tangga perlu mendaki jalan tar ke Taman Jepun. Semasa perjalanan kedengaran bunyi bunyian binatang seperti monyet sedang bergayut dari satu pokok ke satu pokok.



Zaryth yang tak nak duduk diam, risau takut masuk kolam jepun ni...huhuhu..

 Punya teringin nak pakai kimono NS paksa shuben pakai juga
---
Sewa baju : RM 20 /sepasang.
---
 Bila Melayu pakai kimono.

Rumah yang ada ni Taman Jepun.

 Alhamdulillah, merasa juga NS naik ke sini.
Yang penting, udara segar.
Okesss..habis buli shuben ,masa untuk turun, cari tempat mandi dan segarkan badan sebelum meneruskan perjalanan ke IKEA untuk beli belah barang rumah.

Thursday, December 11, 2014

RESEPI NASI AYAM PENYET

Assalamualaikum.
Pada hujung minggu yang lepas, NS mencuba resepi Nasi Ayam Penyet.
Terliur pulak blogger Nek Yunie asyik duk post dekat dinding facebook makan Nasi Ayam Penyet.
Terutama sekali jom kita tengok :

BAHAN-BAHAN [ AYAM PENYET ] :-

Ayam (Whole Leg)
1 sb serbuk kunyit
1 sb besar biji ketumbar*
1 sb besar jintan manis*
1 sb besar jintan putih*
1 biji bawang merah
1 ulas bawang merah
3 sudu santan pekat (NS guna santan Kara juga macam Nek Yunie..)
Garam secukup rasa

Bahan bertanda * sila sangai kering dan kisar.

Cara-caranya :-

Kisar bawang merah dan bawang putih dalam pengisar kering, masukkan dalam air. Rebus ayam dan letak serbuk kunyit, santan dan satu sudu besar rempah yang dikisar kering. Perasakan dengan garam. Lebihan rempah simpan tepi untuk perapan ayam. Setelah ayam masak, angkat ayam, ketepikan & sejukkan. Selepas sejuk NS ketuk-ketuk ayam tu dengan ulu lesung...hihi..



-----------------------------------------------

BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM:-
Rempah yang dikisar kering, 1 sudu serbuk cili @ cili boh, 1 sudu serbuk kari ayam, 1 biji telur, 2 senduk air rebusan ayam, perasa & tepung beras secukupnya.

Cara-caranya :-
Campurkan semua bahan dan rendam ayam ke dalamnya. Boleh digoreng terus, hanya sehingga tepung garing. Jangan goreng terlalu lama, nanti ayam liat.


* Untuk perapan ini NS masukkan sekali sekeping Tempe yang dah dipotong menjadi saiz kecil.
-----------------------------------------------

BAHAN-BAHAN SAMBAL :-
5-6 biji cili merah
Segenggam @ lebih, cili api
2 ulas bawang putih
1 labu bawang merah
2 biji tomato
2 sudu ikan bilis
2 inci belacan
3 sb gula merah/gula perang
2 biji limau kasturi @ lebih

Cara-caranya :-
Goreng semua bahan kecuali gula merah, angkat dan kisar. Kemudian goreng kembali dan perasakan dengan gula merah, garam & limau. Rasa ikut selera sendiri.



Aksesori Tambahan yang NS letak :
Tomato
Timun Batang
Kubis.


Ok, jom tengok hasil yang NS dapat.
Sila bagi komen, sebab ini kali pertama NS masak Nasi Ayam Penyet selepas mencuba Nasi Ayam Penyet - AP di Seri Iskandar, Perak.

 Yang penting, suami cakap sambal tu sedaappp...ehehehe.

Terima Kasih Nek Yunie....

Wednesday, December 10, 2014

JJCM : ROTI UMMI CAFE

Assalamualaikum.
Untuk Label Jalan-Jalan Cari Makan ( JJCM ) NS hari ini, NS ingin kongsi port makan NS dan kawan-kawan makan masa rehat tengahari tadi. Sebenarnya sudah lama NS tidak jejakkan kaki ke Food Court Angsana Mall atau dulu dikenali Greentown Mall ( GM ) yang terletak di Greentown, Ipoh Perak sejak foodcourt ini diubah suai.
Di sini NS ingin kongsi lot kedai Roti Ummi Cafe yang konsepnya hampir sama dengan SUBWAY tetapi mempunyai lebih banyak pilihan makanan.
Jom tengok gambar-gambar yang NS ambil sementara menunggu pesanan kami siap.

Pilihan Emy, Roti Pandan..Memang rasa pandan betul.

 Roti Vanilla yang warna gelap nii...rupa belah dalam...

 Pilihan Eyda-Roti Vanilla


 Pandangan dari luar kedai, jika dari tangga belah dalam Angsana Mall, kedai ini terletak sebelah kiri anda.



Teh & Kopi.

Pilihan Ais Krim.




STEP BY STEP :







Step lebih kurang Subway kan..

Pau macam-macam inti ada kat sini.

Kek Coklat Keluaran Delisha & Anis ada kat sini, pelbagai asam pun ada jual.

NS punya, Tortila Wrap.

 terliur tak,,,g la pakat cuba..
:D
Terima Kasih.

Tuesday, December 09, 2014

10 ' S ' BAWA BAHAGIA

Assalamualaikum..
Di sini ada 10 tip untuk kita suami-isteri mengecapi keindahan hidup berkeluarga.

1. SALAM

Sunnah Rasulullah S.A.W, didalamnya terkandung doa kesejahteraan.

2.  SENYUM

Tak perlu kata apa-apa.

3. SAPA

Saling bertanya khabar [ kesihatan, kerjaya atau soal anak-anak ] walaupun tinggal sebumbung apatah lagi yang berjauhan.

4. SABAR

Setiap insan ada kelebihan & kekurangan. Belajar menerima kekurangan agar kehidupan dengan penuh makna.

5. SAYANG

Bukan hanya dibibir, perlu juga dengan perbuatan.

6. SUKA

Jaga hati, contoh makanan dimasak tidak berapa sedap, jangan terus kritik..cari masa sesuai, tegur dengan berhemah.

7. SIMPATI

Jika pasangan ditimpa kesusahan, masalah, sakit atau seumpamanya , berikanlah sepenuhnya perhatian pada pasangan. Waktu itu masing-masing saling memerlukan untuk membina kekuatan agar mampu bangkit kembali.

8. SPONTAN

Contoh : Sering kali  isteri yang melakukan kerja rumah. Tidak salah suami secara sponton membantu meringankan beban tanpa dipinta.

9.  SEGAK

Penampilan diri yang baik menyenangkan pasangan. Tambah wangian.

10.  SIMPLE

Tidak mewah, sekadar cukup semua keperluan asas tetapi bahagia. Kekayaan bukan jaminan kebahagiaan, walau dimata manusia nampak senang. Tetapi apa maknanya kemewahan sekiranya tidak disulami kebahagiaan.

InShaaAllah...moga NS juga dapat ingat dan memperbaiki apa yang patut.


Kredit : Majalah Seri Dewi & Keluarga

Monday, December 08, 2014

GAME : HAY DAY




Assalamualaikum kekawan..
Tak tahu laa kenapa malas sangat nak update entry semenjak 2 menjak ni..
Banyak cerita, tapi asyik gambar-gambar yang nak dikongsi dan nak dipasak kat entry lupa nak ditransfer ke telefon bimbit NS nii..jadinya tak terkongsi lagi laa...
Jadi, hari ini NS nak kongsi 1 game yang NS, Shuben NS, kawan-kawan NS dah ada yang berjangkit.

Seronok jugak main game ni, kadang terlagha jugak ...ehehehe..
Apa??
Nak main jugak? Nak ladang dan perusahaan macam NS punya farm di atas?
Kawan-kawan boleh laa install di PLAY STORE telefon bimbit korang....
Nak main game ni kena ada internet tauu...
Have Fun..!!!

Tuesday, December 02, 2014

FILEM : BIG HERO 6

Assalamualaikum.
Alaahaii..nape malas bebenor nak update entry ni?
Ni cerita minggu lepas 22 Nov 2014 [ Sabtu ], bawak Zaryth tengok wayang cerita Big Hero 6...
Mood tak berapa elok Zaryth masa ni...pantang betul nampak mainan...nak naik..
Akhirnya, duk dalam panggung, makan popcorn sambil tengok iklan.
Yess!!! Big Hero 6 dah nak mula...!!
Boleh pulak Zaryth tidur...



Alahai anak, boleh pulak dia tidur, anak orang lain syok duk gelak-gelak ibu dan ayah pun gela-gelak dia sedap tidur atas riba ayah yeaa...
Hah..Cerita nak abes daaa...
boleh pulak dia bangun...Takdir Zaryth hari itu memang tengok iklan jelaa...ahahahha...
 Yang penting cerita Big Hero 6 memang terbaikk....sayu je hati tengok Baymax terpaksa dilepaskan.
 ____________________________________________________________
Release Date: 13 Nov 2014
Language:English
Genre:Action / Adventure / Animation
Running Time: 102 minutes
Director:Don Hall, Chris Williams
Cast:T.J. Miller, Maya Rudolph, Jamie Chung
Distributor:WALT DISNEY STUDIOS MOTION PICTURES
Synopsis:
Set in a fictional metropolis called San Fransokyo (a portmanteau inspired by San Francisco and Tokyo), "Big Hero 6" centres on a young prodigy named Hiro Hamada and his self-created synthetic bodyguard Baymax. When the Japanese government wanted a team of state-sanctioned super-heroes at their disposal, a top-secret consortium of politicians and business entities known as the Giri was formed to recruit and train potential superhuman operatives for "Big Hero 6". Hiro is recruited as a potential operative, but unimpressed with the Silver Samurai, he declines to join the team of inexperienced crime fighters until he finds himself in the grips of a criminal plot that threatens to destroy San Fransokyo-credit source :GSC

Thursday, November 27, 2014

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

 

oohHHHH...Pagi-pagi dah stress....
2 hari dah stress....
Kenapa?
Terpaksa tukar tempat kerja, tak dapat tukar ke tempat yang dimohon..
Sebak sangat rasa dihati..tapi siapa laa aku...terpaksa ikut percaturan orang atasan.
Semoga semuanya baik daripada apa yang dikhabarkan.
Sedih bila ada segelintir sanggup menipu untuk jaga hati aku,, tapi hakikatnya sungguh pedih.
[ tak perlu sampai menipu walhal keputusan pertukaran sudah dibuat sebulat suara..sebab aku mengharap ]
3 tahun pertama - rakan pejabat yang terbaik yang membuat aku sentiasa rindu.
3 tahun ke-2 - rakan pejabat yang awesome membuat aku ceria.
3 tahun seterusnya - adakah sebaik yang pejabat pertama & kedua?
Moga aku kuat dalam menempuh suasana & persekitaran baru, rakan kerja baru.
Walaupun bakal rakan sepejabatku kebanyakkan sudah ku kenal, tapi aku lebih sanggup tidak mengenali sesiapa sepertimana kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Perak.

OHHHHH...SEBOKNYOO DALEE ATI AMBOOO..
TOK LEH NOK KATO GAPO...
TERIMO SEADONYOO.....

Wednesday, November 26, 2014

10 IDEA AKTIVITI MUSIM CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum..
Sudah 2-3 hari tidak bersiaran, kini kembali.
Rakan-rakan apa khabar? Sedang buat apa?Anak-anak ada kat rumah tak? Apa aktiviti diaorang sepanjang bercuti hingga habis tahun ini? Di sini NS ingin berkongsi 10 idea aktiviti di musim cuti sekolah ini.

1. TOLONG IBU-BAPA DIRUMAH.
Sepanjang persekolahan masa bersama keluarga adalah terhad, apa kata ambil peluang ini adik-adik bantu mak ayah kat rumah tolong apa yang patut. Ringan-ringankan tulang, sihat dapat , pahala pun dapat In Shaa Allah.
 


2. BALIK KAMPUNG
Yeaaahhaaa..NS pun seronok kalau sebut nak balik kampung ni, bukan selalu kan. Selalunya kampung ni udaranya bersih, tenang, cara hidup ,rutin harian pun lain, jadi apa kata tukar angin sekejap. Sambil tu jenguk datuk nenek sihat ke tidak.


3. MELANCONG
Bagi yang berkemampuan, labur bajet untuk melancong ke tempat-tempat yang menarik. Tidak perlu ke luar negara, Malaysia mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang boleh dijadikan lokasi.


4. KEM MOTIVASI.
Bagi ibu bapa dan anak yang berminat boleh mendaftar program-program yang dianjurkan. Kem sebegini dapat meningkatkan sahsiah diri anak-anak.


5. BELAJAR KEMAHIRAN.
Yessaaa..ini NS suka, tapi NS dulu-dulu tak ada la masuk kelas kemahiran, tapi suka buat benda-kemahiran terutamanya berkaitan dengan kayu. Tidak rugi rasanya anak-anak belajar kemahiran ni.


6. BELAJAR MUZIK
Anda tentu lebih kenal kecenderungan anak-anak anda. Jika mereka minat bermain alat muzik, apa salahnya hantar mereka ke kelas muzik. Sekurangnya masa mereka terisi dengan aktiviti berfaedah.

7. BERKEBUN.
Aktiviti sihat..!!dapat habis masa bersama keluarga dengan sama-sama bercucuk tanam.


8. KURSUS BAHASA.
Salah satu kemahiran yang sangat berguna untuk masa depan.


9. KEM IBADAH.
Saham akhirat. Kem-kem begini dapat membentuk rohani yang baik untuk anak-anak. Contoh kem yang ada, kem baiki solat dan tahfiz Al-Quran. Selalu juga NS tengok anak-anak saudara NS pergi kem tahfiz.


10. BELAJAR ICT
Kemahiran ICT juga boleh memberi manfaat. Jangan sekadar kenal facebook yea..!!Kemahiran videografi, belajar grafik dan buat laman web.

Semoga idea-idea ini dapat membantu anda diluar sana.
Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...