HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Thursday, November 07, 2013

# ILMU

JENIS MAKANAN & CARA MAKAN RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum...
Xde idea nak post..jadinya harinya hari ini ambe nk kongsi sikit rahsia Diet Rasulullah yang boleh mengelakkan kita dari derita sakit perut atau keracunan makanan.



Antara Diet Rasulullah ialah :

1. Jangan makan SUSU bersama DAGING
2. Jangan makan DAGING bersama IKAN
3. Jangan makan IKAN bersama SUSU
4. Jangan makan AYAM bersama SUSU
5. Jangan makan IKAN bersama TELUR
6. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
7. Jangan makan SUSU bersama CUKA
8. Jangan makan BUAH bersama SUSU : contoh koktail

CARA MAKAN RASULULLAH S.A.W

  • Jangan makan buah setelah makan nasi. Sebaiknya makanlah buah terlebih dahulu sebelum makan nasi. Malah kita biasanya akan melakukan yang sebaliknya.
  • Tidur 1 jam setelah makan tengahari.
  • Jangan sesekali meninggalkan amalan makan malam. Sesiapa yang meninggalkan amalan makan malam wajah seseorang itu akan cepat tua dan kolestrol dalam badan akan bertambah berlipat kali ganda.
  • Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan bercampur dengan makanan laut. Nabi S.A.W pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana ia akan mempercepatkan seseorang itu mendapat penyakit. Ini terbukti apabila para ilmuan menemui bukti bahawa dalam daging ayam mengandungi ion +ve sedangkan dalam ikan mengandungi ion -ve. Jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan makan akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus.
SUNNAH CARA MAKAN MENURUT NABI S.A.W

1. Makan garam secubit sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secubit dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan ( tanpa guna sudu ). Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu.

2. Berdoa sebelum dan sesudah makan. Selepas itu, suci tangan dan minum dengan memegang gelas menggunakan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah.

3. Duduk bersila di lantai dan bukannya di atas kersui serta meja. Sebaiknya makanlah bersama ahli keluarga dan kawan-kawan.

4. Jangan biarkan sisa makanan tertumpah atau dibiarkan tanpa dimakan walaupun sebutir nasi. Kerana makanan ini sentiasa berzikir.

5. Rasulullah SAW juga melarang meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air (makruh) kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

6. Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

7. Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

*Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’.

8. Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.
Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.
Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.
Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

9. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

10. Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

11. Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.
Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.
Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

12. Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang
makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

13. Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

14.Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

15. Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

16. Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”


Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Sumber : Bacaan Artikel / web berkaitan

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi