Tuesday, August 20, 2013

SAY NO 2 AJI NO MOTO

 
Assalamualaikum...Salam Sejahtera....
 
Di saat ini kepala ambe berdenyut-denyut...
Kenapa yer....macam nak ting tong jer...
Sebab makan nasi lemak ke??
Biasa makan nasi lemak xde laa sampai macam ni..
Pikir punya pikir....rasanya sambal nasi lemak tu banyak letak Ajinomoto kot...
Ambe tak de la biasakan diri masak letak Ajinomoto...
Paket kecil tu pun sebulan 2 baru habis...




Hakikatnya ramai yang menggunakan Ajinomoto sebagai penyedap masakan...
Walaupun sedar akan kesan keburukan penggunaan perasa tersebut.

Adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.
Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Kajian yang pernah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 100 keluarga mendapati 73 daripadanya menggunakan MSG dalam masakan harian, sementara 19 daripada 21 keluarga lagi memberikan MSG kepada anak yang berumur bawah 6 tahun. Ini menunjukkan masyarakat kita secara keseluruhannya menggunakan MSG dalam kehidupan. Itu belum lagi di kalangan peniaga restoran dan warung, serta makanan bertin dan makanan ringan yang ada di pasaran. Maksudnya, tanpa kita sedari, masyarakat kita sebenarnya sangat terdedah kepada bahaya MSG.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus. Buktinya, kita tidak pernah melihat rancangan masakan di televisyen yang menyelitkan MSG dalam resepi mereka. Ini menunjukkan bahawa penggunaan MSG bukanlah satu kemestian, sebaliknya hidangan yang lazat dan menyelerakan bergantung pada kemampuan dan kemahiran memasak seseorang itu sendiri.

Oleh itu, apabila kita para bapa yang memasak makanan untuk hidangan keluarga, maka katakanlah tidak kepada MSG @ ajinomoto. Sekiranya isteri menyuruh masukkan ajinomoto, nasihatlah isteri dengan pelbagai keburukan ajinomoto. Jikalau boleh, tunjukkan foto penyakit akibat daripada penggunaan ajinomoto. Tentu menggigil isteri kita nanti. Percayalah pada kelebihan masakan anda, kerana anda lah yang bertanggungjawab ke atas kesihatan keluarga tersayang!
Wallahualam…

2 comments:

  1. Ty memang tak boleh makan makanan yng ada aji na moto , mesti sakit kepala.

    ReplyDelete
  2. erk...ni mkn pagi td..try nasi lemak jiran jual....smpi skg duk denyut2...byk bethoi letknyee...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...